Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

K-KOMM Jamin Sabah, Sarawak...

KOTA KINABALU : Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi jaminan bahawa kerajaan Sabah...

KPDNKK Pantau Peniaga Selepas...

TUMPAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memantau dan...

Dadah Bernilai Hampir RM400,000...

SINGAPURA - Pegawai Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Woodlands (ICA) menemui kira-kira 1.4 kilogram...

Dakwaan SPR Kurangkan Penolong...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said...

Perwakilan Belia Diminta Fokus TN50 Pada Persidangan

IPOH – Perwakilan Dewan Belia Perak diminta menyuarakan pelbagai pandangan dan cadangan bagi memperkasa Transformasi Negara 2050 (TN50) pada persidangan itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata bagi memastikan visi TN50 itu dicapai, kerajaan mahu Malaysia berkembang pesat sebagai negara maju mengikut acuan dan pemikiran anak muda.

“Saya yakin para perwakilan akan membantu kerajaan negeri bagi menerangkan kepada umum berkaitan matlamat sebenar yang ingin dicapai melalui TN50,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Belia Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurut Zambry, beliau yakin perwakilan dewan belia yang terdiri daripada pelbagai golongan dan latar belakang dapat menggunakan kepelbagaian itu sebaik mungkin untuk menerangkan kandungan signifikan dalam TN50.


Selain itu, katanya, persidangan dewan belia yang berlangsung selama dua hari mulai hari ini turut membentangkan tujuh usul yang penting untuk dibahaskan.

“Antaranya adalah menaik taraf infrastruktur dan perkhidmatan pelacongan negeri, pembangunan masyarakat, transformasi kebudayaan dan sukan tradisional ke dalam bentuk digital, pembangunan modal insan, transformasi teknologi tenaga, dan sistem pengangkutan awam,” katanya. – BERNAMA

Kategori