Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wajah Elfira Loy Dikatakan...

JIKA dahulu, pelakon Shukri Yahaya sering dikaitkan dengan aktor popular Filipina iaitu Jericho Rosales...

Penerangan Mengenai TPPA Dipergiat,...

KOTA BHARU - Penerangan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada rakyat akan diperhebatkan...

iBackPack: Beg Pintar Dengan...

INDIEGOGO merupakan salah satu laman pengumpulan dana, di mana pelbagai projek menarik pernah...

Buta Mata Tak Halang...

JOHOR BAHRU — Masalah penglihatan tidak menghalang usaha Murid Berkeperluan Khas (MBK), Mohamad...

Peserta Job Fair Pastikan Gaji Minimum Dilaksana

KUANTAN – Orang ramai yang baharu mendapat kerja, khususnya menerusi program Job Fair diminta mempraktikkan hak mereka dengan memastikan gaji yang diterima memenuhi had minimum yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata had gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ialah RM1,000 dan RM920 di Sabah, Sarawak serta Labuan, tidak termasuk faedah atau bayaran kerja lebih masa.

“Kita akan sentiasa memantau majikan yang sertai program Job Fair ini. Bagaimanapun kita meminta mereka yang ditawarkan kerja datang kepada kita jika majikan gagal penuhi syarat gaji minimum atau tawaran kerja yang dijanjikan.

“Majikan harus penuhi apa yang diberitahu. Jangan sewenang-wenangnya ambil kesempatan. Kita sendiri tidak mahu mengambil tindakan undang-undang (kepada mereka yang engkar) kerana kita lebih kepada tujuan mendidik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan mesra di Program Job Fair @UTC 2.0 2017 di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan di sini, hari ini.

Program Job Fair@UTC 2.0 yang bermula 10 pagi hingga 8 malam ini, diadakan serentak di 15 lokasi seluruh negara dengan 11 daripadanya di UTC dan acara kemuncak dijadualkan berlangsung di Perak yang akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


“Secara keseluruhannya, sebanyak 20,678 jawatan ditawarkan melibatkan 404 majikan dengan purata gaji permulaan sebanyak RM1,000 hingga RM6,000 sebulan.

“Di Pahang sahaja, terdapat 1,703 tawaran kerja melibatkan 407 jawatan bagi golongan siswazah dan 1,296 bukan siswazah. Sebanyak 20 majikan menyertai Job Fair di sini, termasuk syarikat yang terlibat dalam Taman Industri Malaysia-China (MCKIP),” katanya.

Kejayaan penganjuran Job Fair@UTC pertama pada 5 Nov 2016 menyediakan peluang pekerjaan kepada 4,168 orang membawa kepada penganjuran program serupa hari ini, manakala JobFair 3.0 pula dijadualkan pada September depan, katanya.

Berdasarkan rekod, seramai 203, 929 individu mendapat pekerjaan menerusi pelbagai program penempatan pekerjaan yang dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia pada 2016 dan bagi tahun ini, setakat 30 April lepas, 69,682 orang berjaya mendapat pekerjaan. – BERNAMA

Kategori