Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Keluarga Tambi Jiee Yang...

KUCHING - Keluarga Tambi Jiee, yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS)...

Diminta Kaji Semula Kenaikan...

TANJUNG MALIM - Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia diminta mengkaji semula cadangan untuk...

Berita Viral Piya Maut...

BERITA tersebar menerusi laman Facebook mendakwa kapten pasukan bola sepak Kelantan, Mohd. Badhri Radzi...

“Semua Wanita Nak Bahagia,...

ISU keruntuhan rumah tangga antara suami pelakon Izreen Azminda, Ude dengan Intan Liyana...

Peserta Shanghai Dinobatkan Miss Chinese World 2017

PETALING JAYA – Yin Zhuo Qun dari Shanghai, China dinobatkan sebagai Miss Chinese World 2017, di sini malam tadi setelah mengalahkan 31 peserta dari 10 buah negara lain.

Perancang media itu menerima hadiah berupa biasiswa bernilai RM100,000, trofi dan beberapa hadiah istimewa lain daripada presiden dan pemilik penganjuran Miss Chinese World, Tan Sri Danny Ooi.

Tempat kedua pula dimenangi oleh model sambilan, Chang Yu Chin, 20, dari Taiwan dan tempat ketiga menjadi milik pelakon, Dai Tian, 25, dari Qingdao, China.

Wang Ruo Han, 22, dari Qinhuangdao, China, pula dipilih sebagai pemenang kategori Miss Friendship, manakala Fransiska Indrayani, 25, dari Surabaya, Indonesia, meraih tempat pertama bagi Pakaian Kebangsaan Terbaik 2017.

Peserta Malaysia, Chong Jia Ying, 22 , dari Pulau Pinang, turut tidak ketinggalan apabila diumumkan berjaya memenangi gelaran Oriental 2017.

Antara yang menjadi hakim peringkat akhir pertandingan itu ialah selebriti tempatan, Tony Eusoff, penyanyi Winnie K, pereka pakaian Jason Yek dan perunding imej, Michael Poh.

Sementara itu, Ooi berkata beliau gembira kerana Miss Chinese World Pageant kini diadakan semula selepas lima tahun tidak dianjurkan.


Kata beliau lagi, pertandingan kali ini adalah yang ketiga sejak 2005 dan pihaknya akan cuba menjadikannya sebagai acara tahunan.

“Masa berlalu, generasi baharu kita makin terdedah kepada kemodenan dan kadang-kadang ia membuatkan mereka lupa kepada akar budaya, tradisi dan nilai masyarakat Cina,” katanya kepada pemberita selepas pertandingan itu.

Beliau berkata melalui program Miss Chinese World 2017, budaya dan tradisi masyarakat Cina dapat terus dipelihara kerana kebanyakan aktivitinya ditujukan ke arah itu. – BERNAMA

Kategori