Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Dakwaan 107...

KUALA LUMPUR - Polis sudah menerima dua laporan berhubung perhimpunan diadakan sekumpulan Ahli...

Mohd. Shafie Setuju Khidmat...

KOTA KINABALU : Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyambut...

Penonton Kesan Kanser Di...

SEORANG penyampai popular rancangan bersiri Flip or Flop, Tarek El Moussa, 34 telah...

Ibu Tarik Sendiri Kembar...

Australia ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Seorang ibu yang sudah mempunyai sembilan anak, melakukan sesuatu yang menakjubkan...

Anugerah Tokoh Persilatan Dari Srikandi Malaysia

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi Malaysia) akan menganjurkan Majlis Santapan Diraja dan Penganugerahan Tokoh Persilatan Srikandi Negara pada 13 Mei ini di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Pesilat-pesilat wanita negara yang diketuai oleh Olahragawati Kebangsaan 2016, Siti Rahmah Mohamed Nasir bersama 12 lagi rakan seperjuanganya bakal dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tun Fatimah.

Anugerah berkenaan dikhususkan kepada juara-juara di dalam pertandingan silat yang diwakili atlet negara yang mana penilaian bagi penerima anugerah itu dibuat dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Presiden Srikandi Malaysia Datuk Norashikin Abd Ghani berkata objektif majlis berkenaan diadakan untuk memartabatkan pesilat-pesilat terutamanya wanita.

“Ia juga adalah untuk memperingati jasa serta menghargai pengorbanan masa dan tenaga mereka-mereka yang pernah menjadi juara atau ikon di dalam dunia persilatan,” katanya kepada pemberita pada sidang media majlis itu di sini hari ini.

Majlis penganugerahan itu nanti bakal disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Dalam pada itu, terdapat tiga kategori anugerah yang turut akan disampaikan iaitu Anugerah Khas Dang Merdu Wati kepada Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Aishah Sultan Ahmad Shah.

Anugerah Tun Teja pula dikhaskan untuk isteri-isteri pengasas persilatan antaranya Datin Seri Asmah Ab Rahman, isteri kepada Presiden Pesaka Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Anugerah Tun Puteh di fokuskan kepada usahawan dan wanita-wanita yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

Penganugerahan berkenaan merupakan pertama kali diadakan sepanjang pertubuhan Srikandi Malaysia setelah mendapat perkenan Penaung Diraja, Tengku Abdullah. – BERNAMA

Kategori