Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

4 Maut Toyota Avanza...

JOHOR BAHRU - Empat maut manakala dua cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah...

Pereka Fesyen Selamatkan Model...

PEREKA fesyen, Vivienne Westwood, telah menjadi penyelamat apabila dia berjaya menyelamatkan seorang model daripada...

Nenek 73 Tahun Gigih...

KUALA NERUS – Walaupun berusia 73 tahun, Fatimah Hassan kelihatan bersungguh-sungguh melalui ujian...

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin...

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut...

Pesta Kaamatan Erti Besar Masyarakat Pelbagai Kaum

PENAMPANG – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata perayaan Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun mempunyai erti cukup besar kepada masyarakat pelbagai etnik di negeri ini.

Musa berkata perayaan berkenaan bukan sahaja disambut oleh kaum Kadazan Dusun dan Murut malah turut dimeriahkan oleh lebih 30 suku kaum lain di negeri ini.

Justeru, katanya, pesta Kaamatan merupakan tempat masyarakat pelbagai kaum di Sabah untuk bersama-sama anggota keluarga serta bertemu sahabat handai sekali gus menjadi ruang untuk mengeratkan tali persaudaraan dan perpaduan.

“Sebab itu, kerajaan negeri tidak teragak-agak dan sentiasa memberi sokongan dan dukungan kepada penganjuran perayaan ini dan ia disambut baik oleh kerajaan pusat, khususnya perdana menteri, sehingga perayaan ini bukan sahaja dirayakan di peringkat negeri tetapi juga di peringkat nasional,” katanya.

Musa berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau.

Menurut Musa, apa yang penting untuk dipelajari daripada sambutan Pesta Kaamatan ialah pesta berkenaan adalah ruang untuk memupuk perpaduan dan mengukuhkan tali persaudaraan dalam kalangan rakyat.

“Kita di Sabah ini, tidak kira suku kaum dan agama, yang penting kita harus bersatu padu, bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain. Ini cara kita sejak dahulu dan sekarang,” katanya.


Musa berkata dengan adanya perpaduan di Sabah serta sokongan semua pihak, Sabah akan dapat dibangunkan untuk menjadi lebih maju.

“Saya selalu kata kepada rakan-rakan saya, kalau (bergantung kepada) saya seorang atau (bergantung) kepada satu-satu kaum sahaja, saya tidak boleh membangunkan Sabah ini. Untuk membangunkan Sabah yang tercinta ini, kita perlukan penglibatan semua pihak, semua suku dan bangsa,” tegas Musa.

Beliau mahu melihat Sabah maju dan rakyat Sabah berjaya dalam pelbagai lapangan sehingga setanding dengan negeri-negeri lain dan semua ini hanya boleh dicapai melalui perpaduan yang diasaskan kepada saling memahami dan menghormati.

Pada majlis berkenaan, Musa turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM 1 juta untuk membaik pulih kemudahan di Hongkod Koisaan. – BERNAMA

Kategori