Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Najib Akan Fail Permohonan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk...

PTPTN Sasar Lantik 4,000...

LENGGONG - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan untuk melantik 4,000 ejen...

Kelab Media Johor Anjur...

JOHOR BAHARU - Kelab Media Johor (KMJ) mengadakan program Singgah Sahur bermula tengah...

Malaysia Perlu Kenal Pasti...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia perlu mengenal...

Petron Akan Tawar Diesel Turbo Euro 5 Di Semua Stesen

KUALA TERENGGANU – Petron akan melancarkan bahan api Turbo Diesel Euro 5 di semua stesen minyak di seluruh negara tidak lama lagi bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Ketua Hal Ehwal Korporatnya Zaimi Harun berkata bahan api edisi baharu dan dipertingkatkan itu kini boleh didapati di 73 stesen minyak, kebanyakannya di Lembah Klang

“Sejak diperkenalkan pada September 2016, kami menerima maklum balas yang sangat baik daripada pelanggan yang kini memilih menggunakan bahan api Turbo Diesel Euro 5.

“Lebih penting lagi, bahan api itu memenuhi keperluan standard sulfur ultra rendah Euro 5, yang membantu meningkatkan kualiti udara di negara ini,” katanya kepada pemberita pada perjalanan jalan raya dua hari Petron Fuel Happy di sini, hari ini.

Turbo Diesel Euro 5 ialah diesel berteknologi maju yang bangunkan khas dengan sistem adiktif premium bagi memberikan prestasi enjin yang lebih baik untuk pecutan, penggunaan bahan api yang lebih baik dari segi ekonomi selain mengurangkan pelepasan ekzos berbahaya.


Zaimi berkata manfaat lain ialah pembakaran lengkap untuk kuasa maksimum, suntikan bahan api yang lebih bersih, mengurangkan gangguan pencucuhan, meningkatkan prestasi permulaan sejuk dan perlindungan yang lebih baik terhadap kakisan enjin.

Berdasarkan kandungan sulfur yang sangat rendah, Turbo Diesel Euro 5 menghasilkan kurang pelepasan dan memenuhi keperluan spesifikasi ketat Euro 5 global, katanya. – BERNAMA

Kategori