Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Kerana Nasi Goreng Ferdinand,...

STATUS bekas pemain bola sepak Manchester United, Rio Ferdinand di laman ƂĀ sosial baru-baru...

IPD PJ Terima Bantuan...

PETALING JAYA - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima bantuan daripada...

15 Warga Myanmar Ditahan...

BUKIT MERTAJAM - Lima belas warga Myanmar ditahan Jabatan Imigresen dalam Op Ikrar...

Polis Rampas Dadah Bernilai...

KOTA BAHARU - Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM98,600...

PFA Terkilan FMLLP Potong Mata Tanpa Syarat

KANGAR – Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Rozabil Abdul Rahman terkilan dengan tindakan Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) yang memotong mata pasukan berkenaan dalam saingan Liga Perdana 2017 tanpa toleransi.

Rozabil berkata tindakan tersebut adalah terburu-buru kerana FMLLP sepatutnya menyiasat terlebih dahulu permasalahan yang menyebabkan PFA tidak dapat melengkapkan pengesahan berkenaan dalam tempoh seperti ditetapkan.

Katanya apa yang berlaku di Perlis adalah diluar kemampuan PFA untuk menyelesaikannya kerana ia berkenaan masalah salah faham yang timbul sehingga terjadi kesilapan teknikal di pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Surat bayaran KWSP setiap pemain sudah dihantar ke KWSP Kangar sejak Disember lepas. Kemudian mereka menghantar surat berkenaan ke KWSP Kuala Lumpur untuk diproses, tetapi tiada maklum balas sehingga kini walaupun PFA telah membuat susulan status proses itu daripada KWSP.

“Saya kecewa dengan tindakan FMLLP yang tidak menyiasat secara terperinci masalah dihadapi PFA sebelum menjatuhkan hukuman tersebut kepada kami,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Semalam Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam mengumumkan dua pasukan Liga Perdana iaitu Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata berkuat kuasa serta merta ekoran didakwa gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain masing-masing.

Dua lagi pasukan Liga Super, Kelantan dan T-Team turut menerima nasib yang sama setelah gagal menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan pada 31 Mac lepas.


Rozabil berkata beliau telah mengarahkan pengurus pasukan Afifi Osman untuk menyelesaikan masalah tunggakan KWSP itu hari ini dan telah mengemukakan rayuan kepada FMLLP semalam.

“Kita akan menyerahkan sekali lagi surat bayaran KWSP pemain kepada Ibu Pejabat KWSP di KL hari ini berserta lampiran salinan surat yang pernah kita hantar Disember lepas.

“Saya tidak mahu perkara ini menjejaskan moral pasukan hanya kerana salah tanggapan oleh peminat yang mungkin melihat PFA tidak menjaga serta gagal menguruskan kebajikan pemain,” katanya.

Sedangkan PFA tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan pembayaran gaji kepada pemain, semua diuruskan mengikut waktu ditetapkan sebaliknya apa yang berlaku hanyalah salah faham antara PFA dan KWSP, tambahnya.

Pemotongan enam mata itu menyaksikan skuad Singa Utara di bawah pimpinan Syamsul Mohd Saad kekal di tangga terbawah Liga Perdana tanpa sebarang mata. – BERNAMA

Kategori