Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ismee: Tanggapan Saya Najib...

Pasukan pembelaan Najib Razak berhujah yang bekas perdana menteri itu tidak pernah mengarahkan...

Agong Berduka Kehilangan Dahlan...

KUALA LUMPUR – ‘Kisah Seorang Biduan’ yang pernah didendangkan Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin...

Gaji Sikit Cukup, Gaji...

PASTI ramai antara kita pernah berjumpa atau mendengar seseorang memiliki duit gaji yang...

Gempar Babi Hutan Masuk...

KECOH... Jemaah Masjid Sungai Plong, di Sungai Buloh, Selangor gempar apabila dikejar seekor...

PFAM Sokong Pemotongan Mata 4 Pasukan Liga-M

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM) menyambut baik pelaksanaan hukuman pemotongan mata oleh Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) yang dikenakan terhadap empat pasukan Liga Malaysia (Liga-M).

Presiden PFAM, Hairuddin Omar, dalam kenyataan hari ini, menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan hukuman berkenaan yang disifatkan semakin sinonim dalam kalangan pasukan Liga-M.

Menurut beliau, hukuman tersebut bakal menjadi pengajaran terhadap semua pasukan yang bertanding kerana kegagalan dalam menguruskan gaji pemain adalah merupakan satu kesalahan yang dipandang serius.

“Isu tunggakan gaji merupakan isu yang sering berlaku dalam kancah bola sepak tempatan. Kegagalan pasukan dalam menguruskan gaji pemain adalah merupakan satu kesalahan yang serius dan berat.

“PFAM percaya, menerusi tindakan pemotongan mata dan ‘transfer ban’ ini dapat menjadi satu pengajaran kepada pasukan yang dikenakan tindakan dan juga menjadi peringatan kepada pasukan lain,” katanya.


Dua pasukan Liga Super – Kelantan dan T-Team antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata berkuat kuasa serta merta ekoran kegagalan melengkapkan pengesahan penyertaan pertandingan liga berkenaan yang berakhir pada Disember 2016.

Sementara dua pasukan Liga Perdana, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menerima nasib yang sama selepas gagal menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh ditetapkan.

Dalam pada itu, PFAM menggesa supaya pasukan yang dikenakan hukuman berkenaan untuk segera menyelesaikan tunggakan gaji tersebut bagi memastikan integriti industri bola sepak tempatan terpelihara menerusi kebajikan para pemain yang tidak diabaikan. – BERNAMA

Kategori