Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Bukan Hadiah, Pegawai Menteri...

MENTERI undang-undang, Liew Vui Keong berkata SPRM telah melepaskan pegawai kanan menteri pertanian...

Gabenor Bali Arah Penduduk...

DENPASAR – Kesal dengan kehadiran lebih setengah juta anjing liar, Gabenor Bali, Made...

6 Individu Bantu Siasatan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan enam individu bagi...

Kerajaan Belum Dimaklum Berhubung...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum dimaklumkan mengenai sebarang tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak...

Pindah Rumah, Aizat Amdan Mahu Jaga Bapa Kandung

PENYANYI muda, Aizat Amdan bakal membawa bapa kandungnya, Datuk Amdan Mat Din, 60, untuk tinggal bersama-sama di rumah baharunya.

Aizat, 28, berkata, sebagai anak lelaki, dia merasakan ini merupakan masa yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab menjaga bapanya itu.

“Baru lapan bulan saya pindah dari rumah ibu saya dan insya Allah tidak lama lagi saya akan membawa ayah saya untuk tinggal bersama.

“Ayah saya tidak lagi bekerja dan kini dia tinggal seorang diri, jadi saya dan adik-beradik berpakat untuk menjaga ayah kami. Ibu saya tinggal bersama ayah tiri,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Aizat, dia membuat keputusan untuk berpindah dari rumahnya kerana mahu menjalani kehidupan secara berdikari dan dia juga tidak menghubungi ibunya selepas tiga bulan berpindah.


“Pada tiga bulan pertama, saya sengaja tidak menghubungi ibu saya kerana nak tengok dia rindu ataupun tidak bila saya pindah.

Lagi pun, saya juga mahu biasa kan diri, maklumlah, 26 tahun saya duduk dengan mereka,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori