Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Perlu Terima PM...

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan perlu menerima pengiktirafan kehakiman tentang hakikat bahawa Peguam Negara...

Remaja Lelaki Maut Motosikal...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut apabila motosikal yang...

Tugas Di Konti Punca...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan Pelawak Johan (Raja Lawak) menjelaskan komitmennya sebagai penyampai...

Selesai Salur Peruntukan Khas...

PUTRAJAYA – Peruntukan khas berjumlah RM77 juta untuk membantu peneroka Lembaga Kemajuan Tanah...

PKR Dakwa Aset Pertahanan Negara Ketinggalan Zaman

KUALA LUMPUR – Pembangkang pernah mengecam kerajaan Malaysia kerana didakwa melakukan pembaziran wang rakyat untuk membeli kapal perang yang bertujuan menambah aset pertahanan negara supaya lebih canggih dan moden.

Hari ini kerajaan dikecam pula kerana didakwa tidak membekalkan peralatan yang moden dan canggih untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berikutan bot ronda hilang di perairan selama beberapa hari kerana mengalami masalah komunikasi.

“Perkara ini tidak boleh dipandang enteng oleh kerajaan kerana ia melibatkan keselamatan mereka yang menjaga perairan negara ini dan juga keselamatan negara boleh terjejas.

“Kerajaan sepatutnya perlu membekalkan peralatan yang lebih moden dan canggih untuk kegunaan Anggota Tentera Malaysia (ATM) agar kerja menjaga dan melindungi negara ini dapat dilakukan dengan baik dan sempurna.

“Aset pertahanan kita pun boleh dikira ketinggalan zaman,” dakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mohamad Imran Abd Hamid.

Pemimpin PKR sebelum ini giat berkempen memburuk-burukkan kerajaan Malaysia kononnya membazir wang negara untuk membeli aset pertahanan.


Mohamad Imran dalam pada itu mempertikaikan mengapa bot tersebut boleh hilang kira-kira 51 jam di lautan.

“Bagi saya itu satu tempoh yang agak lama. Sepatutnya pegawai yang sudah terlatih pada bot tersebut dapat melakukan sesuatu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori