Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sultan Selangor Sokong Cadangan...

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dengan cadangan Majlis...

Zamani Tak Ditahan Semula,...

KUALA LUMPUR - Tempoh jaminan polis terhadap bekas vokalis Kumpulan Slam, Zamani yang...

Thailand Tidak Anggap Malaysia...

MELAKA - Jurulatih Thailand, Sompron Sunyabut menyifatkan Malaysia bukan lawan yang mudah dikalahkan...

Sulam Dosa Sahur Bersama

Jitra - Sepasang kekasih yang pernah ditangkap tahun lalu kerana disyaki berkhalwat dicekup...

PKR Zalim Kerana Rapat Dengan DAP – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – “Kamu (PKR) tuduh PAS rapat dengan UMNO, tuduh PAS zalim. Saya nak tuduh PKR rapat dengan DAP, jadi PKR pun zalim juga.

Itu kata bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menempelak PKR yang sebelum ini didakwa menuduh PAS zalim kerana condong kepada UMNO dalam satu ceramah di kawasannya di Pasir Mas, Kelantan semalam.

Nik Abduh berkata, tuduhan yang dibuat oleh PKR itu adalah tidak tepat kerana tiada sebarang kerjasama antara kedua-dua parti dalam masa terdekat.

“PAS dengan UMNO sehari dua, belum jalin kerjasama. Yang mereka nampak (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pakai baju sedondon dengan (Datuk Seri) Najib, dan pertemuan Abdul Hadi Awang dengan (Datuk Seri) Shabery Cheek di Terengganu.

“Itu belum lagi tahaluf siyasi dengan UMNO, dan belum tentu lagi ada kerajaan campuran dengan UMNO,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.

Menurut Nik Abduh, sebaliknya PKR telah menzalimi PAS apabila membuat kerjasama dengan DAP dan Amanah yang kemudian membentuk Pakatan Harapan dua tahun lalu.

“Yang PKR tuduh PAS condong kepada UMNO, itu tuduhan baru. Tidak ada apa kerjasama lagi, masih bermusuh. Tiada ada apa, cuma pakai baju sedondon, bersama-sama dalam acara rakyat, dan UMNO sokong pindaan RUU355.


“Kita terima kasih kepada UMNO kerana merekalah menyebabkan Hadi Awang boleh bentang RUU 355, bawa suara PAS yang berjuang sejak 1993,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilihat bebeberapa kali pernah sepentas bersama Perdana Menteri dalam beberapa program.

Antaranya adalah program Solidariti Rohingya yang diadakan pada 4 Disember tahun lalu dan Mutaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 18 Disember 2015. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=VSzbxF4hYdI

Kategori