Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ingin Cahaya Mata, Ella...

SEPERTI pasangan suami isteri yang lain, Ratu Rock Ella dan suami Azhar turut...

Siti Bainun Paksa Bella...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa dagu remaja...

Kes Bunuh Akauntan, Polis...

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lagi suspek dipercayai terbabit dalam kes penemuan...

19 Maut Akibat Taufan...

HANOI - Taufan Damrey mengorbankan sekurang-kurangnya 19 mangsa di bahagian tengah dan Selatan...

PM Luang Masa Lawat Abdul Hadi Di IJN

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melawat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Lawatan itu diadakan bagi menziarahi pemimpin pembangkang tersebut yang telah selamat menjalani pembedahan injap jantung berikutan keadaan kesihatannya sebelum ini agak tidak mengizinkan.

Dalam masa yang sama, Najib menerusi laman Twitter miliknya turut mendoakan kesejahteraan Abdul Hadi yang dimasukkan ke IJN sejak 15 Mei lalu.

“Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Sama-sama kita berdoa agar beliau segera sembuh dan dalam lindungan Allah SWT,” katanya.

IJN dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, pembedahan selama tiga jam itu berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.


Abdul Hadi sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada tahun lalu sekitar Januari dan Oktober. Media melaporkan ia hanya sekadar rawatan susulan biasa yang dijadualkan oleh pakar. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menziarahi Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menerima rawatan di IJN tahun lalu:

https://www.youtube.com/watch?v=a0ynEWHCihY

Kategori