Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Bekas Tunang Zayn...

BEKAS tunang Zayn Malik, Perrie Edward akhirnya tidak dapat menahan kesedihan berikutan beritanya...

Suspek Tembak Mekanik Masih...

KOTA KINABALU - Suspek yang menghilangkan diri selepas menembak seorang pembantu mekanik di...

Nama Syed Saddiq Tiada...

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai kedudukan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed...

Curi Motosikal, 3 Mekanik...

KOTA TINGGI - Tiga mekanik berusia antara 17 dan 34 tahun ditahan polis...

PM Peroleh Pelanjutan Injunksi Interim Halang Pua

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan pelanjutan injunksi interim untuk menghalang anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee daripada memfitnah beliau berhubung satu klip video yang dimuat naik dalam Facebook.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh melanjutkan perintah sementara itu sehingga permohonan injunksi antara dua pihak diputuskan.

Peguam Nik Alia Hanafi yang mewakili Najib memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan 24 Mei untuk mendengar permohonan injunksi dua pihak itu.

“Najib memohon perintah injunksi untuk menghentikan Pua daripada memfitnah beliau dalam apa juga cara sama ada ucapan atau dalam mana-mana media sosial berhubung kenyataannya dalam klip video itu,” katanya selepas prosiding di dalam kamar hari ini, dengan Pua diwakili peguam Joanne Chua.

Pada 21 April, Hakim Abu Bakar Jais membenarkan permohonan Najib bagi injunksi satu pihak atau ex-parte untuk menghalang defendan daripada menerbitkan perkataan yang sama atau serupa seperti yang terkandung dalam kenyataan defendan.

Najib memohon injunksi ex-parte atas kebimbangan peribadi akan betapa seriusnya kenyataan memfitnah Pua itu menjejaskan kedudukannya sebagai perdana menteri, menteri kewangan serta pemimpin sebuah parti politik.

Pada 21 April, Najib atas kapasiti peribadinya menyaman Pua bagi memfitnah berhubung kenyataan Pua dalam “live video” berkaitan pembentangan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (BIdang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355.

Dalam kenyataan tuntutannya, Najib berkata Pua telah membuat satu kenyataan di ruang legar Bangunan Parlime pada 6 April yang telah dirakamkan dan dimuat naik oleh defendan dan/atau ejen-ejennya dalam Facebook rasminya ‘Tony Pua’.

Plaintif mendakwa klip video berdurasi dua minit dan 21 saat itu bertajuk “BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU355 Private Member’s Bill”, boleh diakses dan ditonton secara meluas dan mudah di internet.


Najib berkata kenyataan dalam ‘live video’ itu mengandungi perkataan-perkataan yang merujuk secara spesifik kepadanya dan menfitnahnya yang secara lazim dan biasa membawa maksud plaintif telah menyalahgunakan kuasa dengan memberi arahan melalui Kabinet kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat agar memberi laluan kepada Anggota Parlimen Marang untuk mengusulkan Rang Undang-Undang Persendirian dan mengetepikan Rang Undang-Undang yang lain.

Beliau mendakwa perkataan-perkataan itu juga membawa maksud plaintif tidak menghiraukan doktrin pemisahan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman, telah berkonspirasi dengan PAS untuk memecah undi Melayu di kalangan parti pembangkang dan seorang pemimpin yang mengamalkan politik kotor untuk memastikannya masih berkuasa.

Najib berkata perkataan-perkataan fitnah itu merupakan fitnah yang amat serius dan menyebabkan plaintif dibawa ke skandal awam, kebencian dan penghinaan oleh rakan-rakan, kenalan dan masyarakat awam di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Najib memohon antaranya, ganti rugi am, tambahan, teladan, faedah dan satu perintah injunksi bagi menahan defendan atau ejen-ejennya dalam apa cara sekali pun daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan-perkataan fitnah terhadapnya.

Beliau juga memohon perintah supaya Pua menerbitkan permintaan maaf secara bertulis yang diterbitkan sekurang-kurangnya di dalam dua akhbar utama yang akan dikenal pasti oleh plaintif dalam bentuk dan istilah yang akan ditetapkan oleh plaintif.

Najib juga memohon perintah supaya Pua mengeluarkan ‘live video’ itu daripada laman Facebook beliau dengan serta merta.- BERNAMA

Kategori