Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Harta Karun Bernilai RM8.4...

CARTAGENA: Pihak berkuasa Colombia mengumumkan penemuan sejumlah harta karun dianggarkan bernilai sekitar AS$2...

Hanez Suraya Akui Suami...

SEMENJAK mendirikan rumah tangga, pelakon Hanez Suraya sudah jarang kelihatan muncul dalam mana-mana...

Wanita Paling Gemuk Dunia...

EMAN Ahmed Abd El Aty, yang digelar wanita paling gemuk di dunia, telah...

Hanya 200 Orang Aje...

KUCHING - Ini bukan sembarangan ceramah biasa malah ia dianggap ceramah 'grand' DAP...

PM Puas Hati Perkembangan Projek KL Sports City

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpuas hati dengan perkembangan projek Bandar Sukan Kuala Lumpur atau KL Sports City, di sini menjelang penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 atau Kuala Lumpur 2017 akan datang, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Ia antara lain melibatkan kerja penambahbaikan terhadap infrastruktur sukan yang terdapat di Kompleks Sukan Bukit Jalil seperti Stadium Nasional, Pusat Akuatik dan Axiata Arena yang sebelum ini dikenali sebagai Stadium Putra.

Khairy berkata ketika melakukan tinjauan di Stadium Nasional semalam, perdana menteri menegaskan projek naik taraf kompleks sukan itu akan memberi manfaat kepada atlet dan pembangunan sukan negara.

“Saya boleh rumuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib amat berpuas hati dengan kerja penambahbaikkan kompleks sukan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan detik 100 hari penganjuran temasya Kuala Lumpur 2017 di KL Sentral di sini, hari ini.


Kemudahan sukan di KL Sports City dijangka dibuka semula pada Julai ini, sebulan sebelum bermulanya Sukan SEA 2017 yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos dan Sukan Para ASEAN dari 17 hingga 23 Sept.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata penajaan Sukan SEA sudah mencecah RM71 juta dan beliau yakin Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) mampu mencapai sasaran RM80 juta bagi penganjuran temasya sukan dwitahunan itu nanti. – BERNAMA

Kategori