Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan...

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa...

MITI Akan Bincang FTA...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking akan berbincang untuk...

Heboh.. ‘Penampakan’ Susuk Misteri...

SEKEPING gambar yang memaparkan pertemuan antara pemimpin Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali...

KBS Mahu MOM Pertimbang...

SEPANG - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan berbincang dengan Majlis Olimpik Malaysia...

Polis Arau Rampas Daun Ketum Seberat 300kg

ARAU – Polis Daerah Arau merampas 300 kilogram daun ketum setelah menahan sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Nanda Maarof berkata, dua lelaki iaitu pemandu dan penumpang kereta tersebut bagaimanapun melarikan diri ke dalam kebun getah berhampiran.

Katanya kejadian itu berlaku kira-kira 9.45 pagi semasa dua anggota yang meronda dengan sebuah kereta terserempak sebuah kereta Proton Wira bernombor WGU6554 yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis mengarahkan pemandu kereta tersebut berhenti tetapi pemandunya memecut ke arah Guar Sanji dan ditahan di hadapan SK Pauh,” katanya kepada pembeirta di sini, hari ini.


Nanda berkata setelah diperiksa, polis menemui 30 bungkusan daun ketum seberat 300 kilogram serta satu pas sempadan atas nama Mohd Syahizan Sharip. Kenderaan tersebut dibawa ke Balau Polis Arau untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Kategori