Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PRU14: BN Perak Tetap...

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak tetap dengan pendirian akan mempertaruhkan calon berkaliber...

Farid Kamil, Diana Danielle...

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, dan isterinya, Diana Danielle, 32, sah bercerai...

Serpihan Pesawat Ditemukan Madagascar...

SUNGAI BESAR - Serpihan pesawat dijumpai di Pulau Kangaroo, selatan Australia dan Madagascar,...

15,000 Warga Mesir Lari...

KAHERAH -Kira-kira 15,000 rakyat Mesir pulang ke tanah air berikutan pergolakan memuncak di Libya...

Polis Marudi Mohon Bantu Kesan Ibu Dan 3 Anak

MIRI – Polis hari ini meminta orang awam untuk memberi maklumat bagi mengesan seorang ibu bersama tiga anaknya yang dilaporkan hilang sejak 9 Mei lalu

Ketua Polis Marudi DSP Gabriel Risut berkata, bapa mentua wanita berkenaan telah membuat laporan polis pada 9 Mei bahawa menantunya, Suzie Grace Bunyau, 33, telah keluar bersama tiga anaknya berumur tiga, lapan dan 14 tahun untuk ke rumah nenek di Semuruh.

“Namun, apabila bapa mentuanya pergi ke Semuruh pada 12 Mei beliau diberitahu menantu yang berasal dari Rumah Ugil, Sungai Nakat Bakong, Marudi, bersama tiga anaknya, dua perempuan dan seorang lelaki telah pergi ke Julau menaiki bas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Gabriel berkata, lelaki itu kemudian cuba menghubungi saudara-mara menantunya di Julau, tetapi diberitahu keempat-empat beranak tersebut tiada di situ.

“Polis memohon sesiapa yang mempunyai maklumat dan mengetahui kedudukan sebenar mereka untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi 085-755221/222 atau Ketua Balai Polis Beluru Sarjan Saudi di 0128552527,” katanya sambil menambah polis telah mengklasifikasikan kes sebagai Laporan Orang Hilang. – BERNAMA

Kategori