Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50km sejam dengan...

Guru Lebam Pipi Selepas...

SIBU – Seorang guru wanita berusia 35 tahun lebam di pipi kiri selepas...

‘Saya Pukul Kepala Kamu’...

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengancam untuk memukul kepala pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Pencemaran Toksik: Syarikat, 2...

JOHOR BAHRU - Dua pengarah dan sebuah syarikat memproses kilang tayar terpakai dihadapkan...

Polis Selamatkan Wanita Jadi Tebusan Lebih 2 Jam

KOTA KINABALU – Seorang wanita berusia 20-an berjaya diselamatkan pihak polis selepas dijadikan tebusan lebih dua jam oleh seorang penjenayah di Jalan Damai, di sini lewat Rabu.

Wanita itu diselamatkan polis kira-kira jam 9.35 malam, selepas dibawa lari oleh suspek pada jam 7.45 malam dari rumahnya di Taman Istimewa, Luyang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abdul Rahman, berkata sebelum kejadian suspek berusia 27 tahun dipercayai masuk ke sebuah rumah di taman itu untuk merompak.

“Bagaimanapun, selepas kita mendapat maklumat mengenai rompakan itu, anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum terserempak dengan suspek yang kemudian cuba melarikan diri.

“Dalam keadaan terdesak, suspek yang dipercayai warga asing itu kemudian menarik seorang wanita yang juga jiran rumah dirompaknya yang kebetulan berada di luar rumah ketika itu, sebelum melarikan diri bersama wanita itu.

“Suspek kemudian mengheret mangsa hingga ke Jalan Damai sejauh kira-kira 1.5 kilometer dengan mengacu sebilah pisau 15 sentimeter di leher mangsa,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1968 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.. George berkata, mangsa berjaya diselamatkan selepas rundingan lebih sejam dengan suspek.


“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

“Mangsa pula dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini, kami belum mengetahui bagaimana keadaan mangsa tetapi dia agak trauma,” katanya sambil menambah motif mangsa memang untuk merompak rumah sebelah.

Sementara itu, suasana di Jalan Damai agak sesak dengan orang ramai yang mahu mengetahui kejadian berkenaan. Selain polis, kenderaan bomba dan ambulans turut bersedia di lokasi kejadian. – Berita Harian

Kategori