Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kaki Pancing Lemas Di...

SELAMA - Seorang kaki pancing ditemui mati lemas di Sungai Kerian berhampiran Kampung...

Amaran Angin Kencang &...

KUALA LUMPUR - Angin barat yang bertiup kencang pada kelajuan 40 ke 50...

Lelaki Maut Ditembak

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai ditembak dalam kejadian di Amarin Kiara...

APMM Tingkatkan Keselamatan Di...

MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak mahu mengetatkan penguatkuasaan dan pemantauan...

PAS Berazam Bawa Sistem Islam Dalam Pentadbiran

KUALA LUMPUR – PAS berazam untuk mengembalikan sistem pemerintahan Islam dalam pentadbiran di negara ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan sistem pemerintahan Islam, rakyat dapat mengecapi kehidupan yang lebih adil.

“Sejarah menunjukkan bahawa ketamadunan keagungan manusia berlaku pada zaman pemerintahan Islam.

“Namun pihak barat berjaya mencanangkan Islamophobia (anti Islam) yang kini dilihat meresap masuk ke akal fikiran manusia menyebabkan mereka bertindak secara tidak rasional apabila mendengar perkataan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, perubahan yang cuba dibuat untuk menjamin kehidupan yang lebih baik hanya akan menjadi ‘separuh masak’ sekiranya umat Islam tidak kembali kepoada ajaran Islam yang sebenar.


“Di dalam apa-apa perubahan, sepatutnya kita ambil peluang untuk meruntuhkan sistem jahiliah dan menegakkan sistem berlandaskan Islam.

“Islam menawarkan pakej lengkap dalam usaha melakukan perubahan. Gagasan Islam tidak bersifat ancaman, jauh lagi dari bersifat paksaan sebaliknya gagasan ini mengemukakan cadangan dan pilihan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori