Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Menteri Agama Akan Bincang...

SERDANG: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan tertinggi...

Agong Di Masyhur Sebagai...

PUTRAJAYA - Istiadat Konvokesyen Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke-10 sesi pertama hari...

Cendol Santan Sawit Tarikan...

TANJUNG MALIM - Umum mengetahui santan kelapa adalah antara resepi utama untuk menghasilkan...

Serangan Yahudi Meningkat Terhadap...

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa sejak awal 2018, terdapat peningkatan jumlah...

PPN Perak Gesa Kementerian Selesai Isu Pemutuan Padi

PARIT BUNTAR – Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membangkitkan isu pelaksanaan pemutuan hasil padi dalam mesyuarat Kabinet demi masa depan golongan petani.

Pengerusinya, Datuk Nadzri Ismail berkata isu pemutuan hasil padi yang menjejaskan pendapatan petani di seluruh negara perlu dipandang serius dengan menjadikannya agenda utama dalam mesyuarat Kabinet.

Menurutnya pelbagai inisiatif diambil PPN dan kerajaan negeri termasuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak Industri Padi peringkat negeri, namun sehingga kini gesaan agar sistem pemutuan padi itu ditangguhkan serta-merta masih bergantung di peringkat nasional.

“Sekiranya kementerian tidak menjadikan isu berkaitan penanaman padi sebagai agenda utama, ia bukan sahaja menjejaskan petani, malah boleh mencetuskan masalah sekuriti makanan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Tiang/Parit Buntar di sini hari ini.

Nadzri berkata kerajaan negeri dengan kerjasama PPN Perak juga bakal menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak Industri Padi peringkat daerah yang akan diketuai pegawai daerah dalam tempoh terdekat.


Beliau berkata penubuhan itu bertujuan memastikan industri penanaman padi di daerah berkaitan di Perak dapat diurus tadbir dengan baik dengan semua fungsi agensi kerajaan terlibat dapat diselaraskan.

“Sehingga kini, PPN melihat tiada satu penyelarasan dalam fungsi setiap agensi kerajaan terbabit untuk industri penanaman padi di peringkat daerah.
“Masalah itu menyebabkan banyak isu-isu penanaman padi seperti masalah sistem saliran, infrastruktur dan mutu padi masih tidak menemui jalan penyelesaian dan akhirnya membebankan golongan petani,” katanya.

Nazri berkata pihaknya tidak mahu kegagalan penyelarasan kerjasama antara agensi kerajaan menyebabkan industri padi mengalami kerugian sehingga akhirnya petani beralih kepada tanaman lain. – BERNAMA

Kategori