Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Shila Amzah Tunjuk Jari...

TIADA angin tiada ribut, laman sosial hari ini dikejutkan dengan tersebarnya gambar selfie milik...

5 Sekeluarga Rentung, 1...

SUNGAI PETANI - Lima sekeluarga rentung termasuk dua kanak-kanak, manakala seorang emas melecur...

PPBM Tidak Akan Mampu...

BIARPUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa mereka adalah parti orang Melayu dan...

Sultan Selangor Tarik Balik...

Darjah kebesaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini ditarik...

PRU14: BN Mahu Rampas Kembali DUN Sekinchan

SEKINCHAN – Barisan Nasional (BN) bertekad menguasai dan memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan, yang kini kubu DAP, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi Barisan Nasional kawasan Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berkata pihaknya telah menggerakkan langkah menghadapi PRU14 terutama di DUN Sekinchan yang menyaksikan BN kehilangan kerusi itu sejak tiga penggal lepas.

“Sebagai persiapan awal, pembukaan bilik gerakan peringkat cawangan di DUN Sekinchan dilancarkan untuk menghadapi PRU-14.

“Meskipun kita tak tahu bila tarikh pilihan raya, tetapi kami terutamanya di DUN Sekinchan akan membuka bilik gerakan lebih awal. DUN Sekinchan juga menjadi DUN pertama yang menggerakkan jentera,” katanya ketika melancarkan Jentera BN DUN Sekinchan bagi PRU14 di Sekinchan di sini, malam tadi.

Jamal yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar berkata untuk menebus kekalahan di DUN Sekinchan, MCA perlu mengembalikan sokongan pengundi Cina di kawasan itu yang dianggar seramai 10,000.


Kerusi DUN Sekinchan kini disandang Ng Suee Lim daripada DAP.

Sementara itu, Anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, ketika berucap pada majlis itu berkata BN telah pun mengotakan janji yang dibuat ketika pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar Jun tahun lepas untuk menaik taraf pasar awam Sekinchan demi keselesaan peniaga. – BERNAMA

Kategori