Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nenek, Dua Cucu Maut...

JELI - Seorang nenek dan dua cucu perempuannya maut dalam kemalangan membabitkan sebuah...

Pembangunan Semula PPR Lembah...

PETALING JAYA ā€” Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membangunkan semula Projek...

Pendekatan Mungkin Diubah Untuk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan mengubah program dan aktiviti yang dilaksana di...

Teksi Motosikal ‘Ojek’ Khas...

JAKARTA - Lebih banyak khidmat ojek atau teksi motosikal awam khusus untuk penumpang...

Rahsia Raja Salman Derma 250 Tan Kurma Ke Indonesia

JAKARTA – Ada alasan unik mengapa pihak kerajaan Arab Saudi memilih kurma sebagai bantuan istimewa kepada rakyat miskin di seluruh Indonesia menjelang bulan Ramadan pada kali ini.

Malahan ini julung kali Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud memberi sumbangan sebanyak 250 tan buah tersebut khusus kepada Indonesia selain kepada beberapa buah negara Islam termasuk jirannya, Malaysia.

Duta Besar Arab Saudi ke Indonesia, Osama Muhammad Al-Shuaibi ketika ditemui media tempatan di sini baru-baru ini mendedahkan rahsia cerita derma tersebut yang tiada sesiapa pun tahu waima Presiden Joko Widodo.

Ujar beliau, kisahnya bermula apabila baginda mendapat ilham untuk memberikan kurma sebagai bantuan setelah teringat reaksi sebuah keluarga daif di Bogor ketika kunjungan rasmi Raja Salman ke Indonesia beberapa bulan lalu.

“Idea sumbangan makanan kering ini bermula apabilaĀ ada keluarga di Bogor yang ketika diberikan kurma oleh baginda sendiri, mereka menitis air mata menangis kegembiraan. Inilah sebab kurma dipilih,” jelas Osama.

Beliau membuka rahsia kisah menyayat hati itu ketika mengadakan pertemuan rasmi dengan Menteri Sosial Indonesia, Khofifah Indar ParawansaĀ di Kedutaan Besar Arab Saudi, di Kuningan, Jakarta Selatan baru-baru ini.

Raja Salman diketahui sebagai penggemar buah kurma serta menjadi makanan yang tidak pernah ditinggalkan, malah baginda selalu bersarapan dengan kurma dan susu termasuk ketika melakukan lawatan di luar negara.

Selain itu, kurma dijadikan pilihan kerana buah itu mengandung gizi yang baik bagi tubuh manusia, khususnya ketika seseorang sedang berpuasa. Menjamah kurma ketika berbuka juga merupakan sunah Nabi Muhammad SAW.


“Ini secara kebetulan adalah makanan sunah Rasulullah SAW apabila berbuka diawalkan dengan kurma. Ia juga berkhasiat dan sangat bagus terhadap orang yang penat bekerja ketika puasa seharian suntuk,” ujar Osama.

Selain diserahkan kepada Kementerian Sosial dan pelbagai organisasi Islam tempatan, pihak Kedutaan Besar Arab Saudi juga akan mengagihkan kurma tersebut terus kepada masjid-masjid tertentu yang berada di luar Jakarta.

“Kami juga akan hantar ke wilayah Papua, Lombok dan Insya Allah, kami akan cari lebih banyak lagi kurma yang dapat dinikmati pada bulan Ramadan untuk memulakan berbuka puasa dengan menikmati kurma,” terang Osama.

Selain Indonesia, Arab Saudi juga mengirimkan bantuan kepada negara sahabat antaranya Afghanistan, Bangladesh, Pakistan dan Malaysia namun jumlahnya tidak sebanyak Indonesia yang paling besar menerima sumbangannya.

ā€œSebanyak 50 tan untuk Kementerian Sosial manakala 200 tan lagi, kita akan serah kepada Nahdhatul Ulama dan Muhammadiyah serta pelbagai pihak yang telah dikenal pasti,ā€ terang Osama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori