Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

13 Ogos Kemuncak Fenomena...

KUALA LUMPUR - Kemuncak fenomena pancuran meteor Perseid akan dapat dilihat di ruang angkasa...

Individu Yang Ambil Gambar...

GAMBAR di atas ini menjadi penyebab jurugambarnya menerima ugutan bunuh daripada kumpulan gerakan...

Tiada Tepung Protein Darah...

PUTRAJAYA - Malaysia tidak mengimport tepung protein darah babi dari China bagi kegunaan...

Pencapaian NTP Bukti Sumbangan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Raja Muda Perlis Mahu Serius Dalam Aktiviti Sukan

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah rakyat hendaklah serius melakukan aktiviti sukan dengan matlamat untuk menjadi sihat dan mampu melaksanakan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan negara dengan berkesan.

Menurut baginda badan yang sihat juga bermakna seseorang itu termasuk kaum wanita berupaya membina disiplin diri serta mengatasi sikap malas yang menjurus kepada kemerosotan produktiviti.

“Saya berharap rakyat aktif menyertai aktiviti seperti program seperti Hari Sukan Negara dan FIT Malaysia, bukan sekadar mengambil bahagian dalam dua atau tiga acara sahaja dalam setahun,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda bertitah demikian selepas menyampaikan hadiah kejohanan Bola Sepak Piala Y.A.M. Sharifah Adriana Syed Faizuddin Putra Jamalullail di padang Majlis Perbandaran Kangar di sini, petang semalam.

Sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Perantauan Kola Penghelih Kuala Lumpur dan Selangor (PEKOLA).

Tuanku Syed Faizuddin berharap lebih banyak kejohanan diadakan bagi melahirkan pemain atau ahli sukan terbaik seperti pemain bola sepak kebangsaan, Bakri Ibni dan Manja Man yang mengharumkan nama Perlis dalam persada sukan tanah air.


“Saya ingin melihat padang bola sepak MPK Kuala Perlis dinaik taraf menjadi kompleks mini sukan supaya lebih banyak aktiviti sukan dapat dilaksanakan di Kuala Perlis yang menjadi tempat transit pelancong yang dalam perjalanan ke Langkawi,” titah baginda.

Pada perlawanan akhir petang semalam, pasukan Kuda Laut dari Tanah Baru muncul juara, pasukan Anak Nelayan (Tanah Baru Seberang) di tempat kedua dan tempat ketiga disandang pasukan Jebat (Kelab Belia Kuala Perlis).

Bagi kategori veteran merebut Piala Datuk Seri Shahidan Kassim pula disandang pasukan Taman Seberang Jaya. – BERNAMA

Kategori