Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hidangan Belut Panggang Makin...

TOKYO – Makanan istimewa musim panas Jepun iaitu belut panggang dengan gabungan sos...

Norza Presiden Baharu BAM...

PETALING JAYA - Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmi menyandang jawatan...

GST Terbukti Lebih Cekap...

KUALA LUMPUR - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terbukti sebagai sistem kutipan cukai yang...

Dagangan Semasa Mata Wang...

TOKYO - Malaysia mencadangkan mata wang baharu berasaskan emas memandangkan ia lebih stabil...

Raja Muda Selangor Sampai Sumbangan Hari Raya

MELAKA – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 54 penerima daripada Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (RAYSS), Tanjung Kling di sini hari ini.

Sumbangan itu adalah daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan setiap penerima memperoleh RM300 .

Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Yaakub Md Amin merangkap Pengerusi RAYSS dan Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Datuk Mohd Adzib Isa.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ialah penaung YIDE yang ditubuhkan pada 2011.

Pengurus RAYSS, Maznah Abdol berkata sumbangan itu amat bermakna bagi penghuni rumah anak yatim berkenaan sebagai persiapan menyambut hari raya yang bakal tiba.

“Saya amat berbesar hati kerana baginda sudi mencemar duli bagi menyampaikan sumbangan kepada penghuni rumah anak yatim di sini.

“Usaha baginda menyampaikan bantuan kepada anak-anak yatim membuktikan baginda prihatin terhadap nasib golongan yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan,” katanya kepada pemberita pada majlis itu.


Dalam pada itu, Mohd Adzib berkata ini merupakan sumbangan kali keempat diperuntukkan YIDE kepada RAYSS yang sebelum ini adalah di bawah tanggungjawab Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor.

Sementara itu, seorang penerima, Hafidz Irfan Muhidin, 14, berkata dia teruja menerima duit raya daripada baginda dan berhasrat untuk menyimpan wang tersebut bagi kegunaannya pada masa hadapan.

“Saya berasa gembira bukan sahaja kerana diberi peluang menerima sumbangan dari baginda, malah dapat bertemu dan bersalam dengan baginda,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Amirul Firhan Asren, 13, pula berkata ini merupakan tahun kedua dia bertemu baginda dan amat teruja menerima sumbangan berkenaan.

“Saya amat berterima kasih kepada baginda kerana memberi saya dan rakan-rakan sumbangan duit raya dan saya juga berhasrat untuk menyimpan duit ini untuk menyambung pelajaran pada masa hadapan,” katanya yang bercita-cita menjadi pelukis komik. – BERNAMA

Kategori