Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Video: Kaedah Paling Cepat...

Dalam banyak-banyak kerja rumah, ramai yang mengakui melipat kain merupakan satu pekerjaan yang...

Helikopter TLDM Jalani Tiga...

KUALA LUMPUR - Dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera...

Video: Lamaran Paling Romantis...

Sememangnya lamaran perkahwinan adalah momen terindah dan manis untuk dikenang, kerana waktu itu...

Bawa Senjata Untuk Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Ramai yang menyangka menyimpan atau membawa senjata seperti pisau kecil...

Rakyat Dilarang Kritik Kerajaan Di Media Sosial?

KUALA LUMPUR – Gerakan pentaksub Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggelarkan diri mereka sebagai Anwar Ibrahim Club (AIC) mendakwa rakyat Malaysia berhadapan isu hak kebebasan.

Ini kerana kononnya netizen tempatan disekat daripada mengkritik pihak kerajaan menerusi media termasuk media sosial di sebalik ‘lambakan’ akhbar tanpa permit antikerajaan dan portal atas talian propembangkang di alam maya.

Ketua Biro Komunikasi AIC, Arief Imran Mohd. Khairi mendakwa, sekatan itu melanggar hak kebebasan media kerana kerajaan akan menangkap dan mendakwa pada mana-mana pihak yang mengkritik kerajaan Malaysia.

“Menafikan warganegara mengkritik kerajaan adalah suatu penyelewengan tanpa moral terhadap falsafah kenegaraan dan pembangunan kemanusiaan.

“Budaya mengkritik itu satu ciri dalam membina tamadun manusia. Tiada salahnya mengkritik kerajaan manusia, kecualilah kerajaan itu lembu,” dakwanya dalam satu kenyataan semborono hari ini.

Arief Imran mendakwa kononnya Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau setiap butiran dan perkara yang berada di alam media siber.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan memansuhkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana pihak SKMM didakwa sudah cukup untuk menyelia industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.


Dakwa beliau, perkara itu jika dilaksanakan dapat menjimatkan perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan serta mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara yang terbuka dan lebih demokrasi.

Ironinya, ramai pihak melihat kerajaan Malaysia era ini adalah sangat terbuka berbanding kerajaan Malaysia pada era Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dalam menerima kritikan selama 22 tahun memerintah.

Tohmahan AIC itu juga tidak munasabah kerana penyokong pembangkang mampu lempar pelbagai kritikan dan cemuhan ke atas kerajaan di media sosial tanpa sebarang tindakan ke atas mereka selagi tidak jejas ketenteraman awam.

Malah, terdapat pelbagai portal berita dan blog serta akhbar propembangkang dan antikerajaan beroperasi secara bebas tanpa sekatan di pasaran negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori