Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Bersih 2.0 Iktiraf Mahathir,...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan anti-kerajaan, BERSIH 2.0 mengiktiraf mantan Perdana Menteri, Tun Dr....

Status Warisan Istimewa Dua...

LONDON - Dua masjid di sini menerima status khas sebagai pengiktirafan kepentingan seni...

Jurutera Mati Dengan Kesan...

SHAH ALAM - Seorang jurutera di sebuah agensi pelaburan ditemui mati dengan kesan...

Awas! Tikar Plastik Bercorak...

MUNGKIN ramai yang tidak sedar berkenaan dengan bahaya tikar plastik bercorak seperti yang...

Ramadan Al-Mubarak, Bulan Pesta Amal Ibadah

DARIPADA Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ramadhan telah datang kepada kamu, Ia merupakan bulan yang berkat, Allah SWT memfardukan ke atas kamu puasa di bulan itu, dibuka padanya pintu-pintu langit, ditutup  padanya pintu-pintu neraka, dibelenggu pada syaitan-syaitan yang amat  jahat. Pada bulan Ramadhan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.”

(Diriwayatkan Saunan An-Nasa’ie Dengan Syarah Imam Suyuti)

Aura Ramadan semakin kita rasakan. Namun, mampukah kita jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik dalam diari perjalanan kita sebagai hamba Allah?

Rasulullah menyambut bulan Ramadan penuh perasaan bahagia dan sukacita. Baginda mengingatkan para sahabat, agar menyiapkan diri mereka untuk menyambut dan mengisinya dengan amal.

Merupakan tradisi di zaman Rasulullah, pada saat akhir bulan Sya’ban para sahabat berkumpul di masjid untuk mendengar khutbah menyambut Ramadan.

Diriwayatkan Salman Al-Farisi bahawa Rasulullah berceramah di hadapan para sahabat pada akhir Sya’ban.

Detik itu juga dimanfaatkan muslimin untuk saling meminta maaf sesama mereka. Seorang sahabat kepada sahabatnya, seorang anak kepada orang tuanya, dan seterusnya.

Mereka ingin memasuki bulan Ramadan tanpa beban dosa. Mereka ingin berada dalam suasana ramadan yang disucikan itu dalam keadaan suci dan bersih.


Sesungguhnya, Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Apa jua amal kebaikan yang dilakukan, pahala berlipat ganda menanti insan yang yang benar-benar meletakkan hati
pada kemuliaan Ramadan.

Sejauh mana kita bersedia untuk meraikan kedatangan bulan Ramadan yang penuh kemuliaan?

Jadikanlah bulan Ramadan sebagai bulan yang penuh dengan pesta amal ibadah bukan menjadi bulan pembaziran.

Semoga kita dapat jadikan Ramadan kali ini lebih baik berbanding sebelumnya.

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak

#laskarmalaya
-MYNEWSHUB.CC

Kategori