Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penetapan Hukum, Fatwa Perlu...

PUTRAJAYA - Penentuan sesuatu hukum atau fatwa di negara ini perlu mengambil kira...

Jalan Kampung Di Kuala...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 penduduk di Kampung Sematang Tepi Laut dan Kampung...

Kerajaan Mula Import Bahan...

KUALA LUMPUR : Syarikat pengeluar ubat memberi jaminan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) yang...

20 Pati Ditahan Dalam...

LAHAD DATU - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun merupakan antara 20 pendatang asing...

Ramadan: Kutub Utara 21 Jam, Kutub Selatan 10 Jam

PUTRAJAYA – Ketika umat Islam di Malaysia boleh menarik nafas lega kerana hanya berpuasa secara purata 13 jam, lain pula hal di luar negara apabila tempoh itu berbeza-beza mengikut lokasi.

Ia memandangkan takwim Hijrah kebetulan kurang antara 10 hingga 12 hari berbanding kalendar Gregorian setiap tahun menjadikan Ramadan akan berganjak awal lebih seminggu jika dibandingkan dengan tahun yang sebelumnya.

Sejak lima tahun lalu, bulan suci itu menyaksikan ia jatuh pada musim panas di hemisfera Utara sehingga pernah umat Islam ‘diuji’ kesabaran ketika temasya Olimpik London 2012 dan Rio 2016 selain Piala Dunia FIFA 2014.

Namun kali ini, Ramadan disambut pada permulaan musim panas sekali gus menjadi tahun terakhir sebelum bulan kesembilan dalam kalendar Islam tersebut bakal jatuh pada penghujung musim bunga mulai tahun depan pula.

Pun begitu, ada perbezaan tempoh berpuasa di seluruh dunia dengan bahagian berhampiran Kutub Utara tidak makan dan minum hampir 20 jam susulan kedudukan matahari pada musim panas lebih lama di rantau tersebut.

Manakala umat Islam tinggal berdekatan dengan Kutub Selatan pula menikmati ibadah Rukun Islam ketiga itu lebih pendek tempohnya iaitu hampir 10 jam ekoran kedudukan matahari terbit dan terbenam yang agak singkat.

Portal berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan, pada tahun lepas waktu berpuasa menyaksikan Chile sekadar 11 jam sementara tempoh 22 jam pula di pulau terbesar dunia yang terletak berdekatan kawasan Artik, Greenland.


Bagaimanapun untuk tahun ini, waktu berpuasa adalah lingkungan serendah 10 jam dekat Kutub Selatan sehingga paling lama ialah 21 jam di hemisfera paling utara planet bumi mengikut kedudukan georgrafi seseorang itu.

Berikut ialah tempoh berpuasa secara purata bakal direkodkan sepanjang Ramadan tahun ini mengikut waktu tempatan untuk rujukan mereka yang mungkin perlu mengembara ke luar negara atas urusan dibenarkan syarak:

– Nuuk, Greenland: 21 jam, 2:16 am – 11:14 pm
– Stockholm, Sweden: 19.5 jam, 1:57 am – 9:39 pm
– Moscow, Rusia: 19 jam, 1:49 am – 8:56 pm
– London, Britain: 18.5 jam, 2:29 am – 9:03 pm
– Astana, Kazakhstan: 18.5 jam, 2:43 am – 9:15 pm
– Brussels, Belgium: 18,5 jam, 3:12 am – 9:41 pm
– Beijing, China: 16.5 jam, 2:55 am – 7:33 pm
– New York, Amerika Syarikat: 16.5 jam, 3:54 am – 8:17 pm
– Tokyo, Jepun: 16 jam, 2:44 am – 6:49 pm
– Kabul, Afghanistan: 16 jam, 3:02 am – 6:58 pm
– Rabat, Maghribi: 16 jam, 3:38 am – 7:31 pm
– Islamabad, Pakistan: 16 jam, 3:20 am – 7:11 pm
– Kaherah, Mesir: 15.5 jam, 3:13 am – 6:49 pm
– New Delhi, India: 15 jam, 3:54 am – 7:12 pm
– Kowloon, Hong Kong: 15 jam, 4:16 am – 7:01 pm
– Dhaka, Bangladesh: 15 jam, 3:47 am – 6:40 pm
– Muscat, Oman: 15 jam, 3:52 am – 6:47 pm
– Riyadh, Arab Saudi: 15 jam, 3:36 am – 6:36 pm
– Doha, Qatar: 15 jam, 3:15 am – 6:18 pm
– Dubai, UAE: 15 jam, 4:01 am – 7:04 pm
– Khartoum, Sudan: 14.5 jam, 4:52 am – 7:16 pm
– Aden, Yaman: 14 jam, 4:13 am – 6:22 pm
– Dessye, Habsyah: 14 jam, 4:35 am – 6:28 pm
– Bangkok, Thailand: 14.5 jam, 4:07 am – 6:40 pm
– Manila, Filipina: 15 jam, 3:58 am – 6:20 pm
Kuala Lumpur, Malaysia: 13.5 jam, 5:39 am – 7:19 pm
– Luanda, Angola: 13 jam, 5:01 am – 5:54 pm
– Sao Paulo, Brazil: 13 jam, 4:19 am – 5:11 pm
– Jakarta, Indonesia: 13 jam, 4:34 am – 5:44 pm
– Harare, Zimbabwe: 12.5 jam, 5:02 am – 5:28 pm
– Pretoria, Afrika Selatan: 12 jam, 5:23 am – 5:26 pm
– Cape Town, Afrika Selatan: 11.5 jam, 6:12 am – 5:47 pm
– Canberra, Australia: 11.5 jam, 5:31 am – 5:02 pm
– Punta Arenas, Chile: 10 jam, 6:34 am – 4:41 pm

* Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori