Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

AirAsia Kini Jadi Pilihan...

LONDON - Berita seorang staf AirAsia meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari Kuala...

Fatwa Selangor Mengenai SIS...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk menangguhkan...

BN Sedang Hadapi Penolakan...

PETALING JAYA : Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

Isu Vaksin: Abu Syafiq...

Pendakwah Bebas Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq...

Ramadan Tanpa Suami, Nora Luah Rasa Rindu

DIAM tak diam, sudah masuk Ramadan keempat hari ini. Bulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini, kita sebagai umat Islam digalakkan untuk mengejar segala kebaikan seperti melakukan amalan sunat solat tarawikh dan bersedekah.

Buat penyanyi Nora Ariffin yang kehilangan suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi pada 24 Mac lalu, dia tidak mampu menahan perasaan rindu terhadap arwah suaminya yang meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Menulis luahan penuh syahdu, Nora berkongsikan pengalamannya melakukan solat tarawikh bersama arwah sepanjang 25 tahun mereka berkahwin.

“Tinggal kenangan. Sudah menjadi rutin biasa, after terawih abang akan tunggu I dan Putri depan pintu. Then I akan salam abang… kita moreh dan pulang sama-sama.

“Kalau di Makkah, after terawih pun sama, abang akan tunggu dan bawa I jalan-jalan dan minum coffee. Seronok sangat.

“Semoga di sana nanti, abang juga akan tunggu I macam abang tunggu di dunia. Tak sangka Ramadan tahun lalu adalah kali terakhir untuk abang.. Kali terakhir juga I mencium tangan abang di bulan Ramadan,” tulis penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Delima itu.


Peminat dan pengikut Instagram Nora yang tersentuh dengan nukilan penyanyi itu kemudiannya memberi kata-kata semangat buat Nora agar tabah dengan segala ujian yang diberikan kepadanya.

Amarjutawanmudatakaful menulis, “Di saat kita bersedih dan berduka ada yang lebih menderita dari kita. Stay strong because bulan puasa roh-roh ni akan pulang ke rumah tengok waris dia. Dia akan happy tengok you happy dan dia akan sedih kalau tengok you sedih.”

“Semoga kak Nora tabah, semoga roh tergolong dalam orang-orang beriman,” tulis tiffinbyrose. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori