Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Puteri Johor, Tunku Aminah...

JOHOR BAHRU - Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Instagram miliknya...

Thomas Fann Dilantik Pengerusi...

PENGERUSI Engage dan aktivis Tindakan Masyarakat Mengenai Kehilangan Secara Paksaan (CAGED), Thomas Fann...

Rakyat Malaysia Cedera Kemalangan...

BANGKOK – Tujuh pelancong Malaysia daripada sebuah keluarga cedera ringan apabila kenderaan pacuan...

Sayu… Seniman Tan Sri...

Sudah lama peminat seni tanahair tidak mendengar khabar berita Hero filem Bukit Kepong...

Rasuah: 3 Lelaki Dibebaskan Daripada Reman

IPOH – Tiga lelaki termasuk seorang warga Pakistan yang direman sejak Jumaat lepas bagi membantu siasatan rasuah membabitkan urusan memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dibebaskan hari ini.

Majistret Nur Melati Diana Abd Wahab membenarkan dua lelaki tempatan dibebaskan dengan jaminan masing-masing RM9,000 dan RM4,000 dengan dua penjamin manakala warga Pakistan terbabit diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan dua penjamin.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama enam hari sejak Jumaat lepas bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM, lelaki warga Pakistan berumur 46 tahun ditahan di sekitar Tasek di sini kira-kira 12.30 tengah hari Khamis lepas manakala dua rakyat tempatan berumur 57 dan 49 tahun masing-masing ditahan di sebuah restoran di Meru Raya dan di sekitar Batu Gajah pada 8.10 malam dan 12.30 tengah hari.


Sumber SPRM memaklumkan, ketiga-tiga lelaki itu bertindak sebagai ejen dan orang tengah dengan menawarkan wang rasuah beberapa kali kepada kakitangan MyEG Services Bhd. (MyEG) supaya proses penerimaan PLKS pekerja asing boleh dilakukan tanpa mengikut prosedur ditetapkan. – BERNAMA

Kategori