Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Piala AFF: Dollah Mahu...

KUALA LUMPUR - Pengendali skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh yakin faktor penyokong akan...

‘Sekutu Jho Low Mati...

KUALA LUMPUR : Ahli Perniagaan yang juga sekutu Jho Low, Kee Kok Thiam...

Sukarelawan Di Kelantan, Pahang,...

Melihatkan keadaan di Manek Urai Lama, Kelantan, selepas banjir di beberapa kawasan mulai...

Sikap Peniaga Cina Ini...

KISAH ini asalnya telah dikongsikan di pautan Facebook Nadzmi Nadzir, menceritakan bagaimana pengalamannya berurusan dengan...

Remy Ishak Pilih Ezza Yusof, Bertunang 30 April Lalu

PELAKON Remy Ishak kini sudah sudah bergelar tunangan orang apabila memeteraikan ikatan tersebut bersama wanita pilihannya, Ezza Yusof pada Ahad (30 April).

Difahamkan, bakal isteri aktor yang popular menerusi drama bersiri Nur Kasih itu merupakan pemilik perniagaan kasut wanita dan kasut pengantin, 2morrowbridestory dan 2morrowmy.

Majlis pertunangan pasangan itu dilangsungkan di kediaman Ezza yang terletak di Pahang.

Remy Ishak Pilih Ezza Yusof, Bertunang 1 Mei Lalu
Tunangan Remy Ishak, Ezza Yusof kelihatan anggun dengan busana berwarna ungu muda pada hari pertunangan mereka, Ahad lalu.

Menerusi gambar-gambar dan insta story yang dimuat naik oleh Ezza di dalam Instagram miliknya, Remy hadir ke majlis tersebut berpakaian sedarhana namun segak dengan kemeja berkolar biru gelap manakala Ezza pula anggun dengan persalinan ungu muda.

Nad Zainal yang merupakan teman baik kepada Ezza, turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.


Bagaimanapun, Remy lebih senang untuk tidak menceritakan lebih lanjut tentang berita pertunangannya itu namun kami yakin dia tentu amat gembira ketika ini.

Apa-apa pun kami doakan supaya pasangan ini hadapi fasa pertunangan dengan tenang dan seterusnya ke jinjang pelamin. Diharap gadis-gadis tidak menangis di bucu katil pula, ya! – MYNEWSHUB.CC

Kategori