Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

IJN Guna Pakai Sistem...

KUALA LUMPUR - Institut Jantung Negara (IJN) hari ini mengguna pakai Sistem Pengurusan...

Petugas TH Diseru Kekalkan...

MAKKAH - Petugas Tabung Haji (TH) bagi operasi haji 1439H diseru untuk mengekalkan...

Pemuda Rohingya Hilang Ketika...

DUNGUN : Seorang pemuda Rohingya yang dikhuatiri hilang ketika mencari kepah di muara...

52 Terbunuh Dalam Tanah...

SALGAR, Colombia - Kejadian tanah runtuh di barat laut negara ini pada awal...

Rewang Selorong Setaman Dapat Makan

REWANG, amalan gotong-rotong bagi persiapan kenduri kendara. Inilah tradisi di kampung-kampung tatkala berlangsungnya sesuatu kenduri.

Suasana amat meriah. Ramai yang datang membantu. Tak kira tua muda. Masing-masing sudah tahu peranan dan tugas. Yang potong bawang, yang melapah daging, goreng ayam.

Ada yang urus bab “maintenance”, pasang lampu dan urus kebersihan. Ada “department” buat air. Ada “team” basuh pinggan. Ada pasukan tukang hidang.

Motivasi kepada yang hadir ialah senda gurau. Sambil bekerja, ada saja seloka, ketawa yang segalanya menambahkan lagi keakraban.

Inilah tradisi pengurusan kenduri kendara ciptaan masyarakat Malaysia. Kalau di kaji secara ilmiah dan dikomersialkan, mungkin “Pengurusan Rewang” ini setaraf pengurusan ala Sun Tzu ciptaan negara China atau pengurusan gaya “Total Qualiti Management” rekaan bangsa Jepun.

Kalau kita renung dengan teliti, budaya rewang ini hebat. Ada unsur kutipan dana yang minima, ada konsep wakaf peralatan memasak, ada konsep pengiraan “inventory”.

Ada unsur pengjimatan kos tetapi hasilnya, pergh terbaik dan masakan pula amat menyelerakan. Ada di antaranya pula, dua jam selepas majlis, keadaan kembali seperti biasa.

Tempat majlis sudah dibersihkan. Peralatan sudah di basuh dan di simpan. Penat tidaklah terasa sangat. Tapi silaturrahim semakin erat.

Kini, budaya rewang ini sukar kita temui di bandar-bandar besar. Kebanyakkanya guna konsep “kontrak”. Semua diuruskan oleh entiti perniagaan. Yang penting ada wang, segala urusan kenduri kendara diuruskan oleh entiti perniagaan tersebut.

Tuan rumah hanya sambut dan meraikan tetamu. Lepas makan, tetamu pun balik.

Namun, masih ada taman-taman perumahan di Lembah Klang yang masih mengamalkan tradisi rewang ini.

Contohnya di kawasan perumahan Taman Kundang Jaya, Rawang, Selangor. Kelmarin, satu lorong di taman tersebut mengadakan rewang untuk majlis menyambut Ramadhan.


Berikut adalah antara catatan reaksi penduduk di lorong tersebut:

“Lorong kami ada 42 buah rumah. Setiap bulan kami kutip dana lorong sebanyak RM20. Jadi hujung tahun, kami ada lebih kurang RM 10,000. Dengan duit sebanyak itu, banyak perkara yang kami dapat buat.

“Ala, belanja rewang ni tak banyak, tak sampai RM 2,000 pun. Masak gulai kampung aje. Ulam-ulam, ada kuih, buah-buahan aje. Tapi bila buat cara rewang, satu taman boleh datang makan.

“Saya bersyukur sangat dapat duduk di sini. Walaupun dalam kawasan Lembah Klang, dalam kawasan perumahan, tapi kami di sini tetap amalkan budaya hidup sekampung. Bila kenduri kendara, kami memasak bersama. Menjadikan kami semakin rapat. Dah macam sedara mara.

“Duit RM20 tu, janganlah dianggap sebagai yuran. Kalau yuran terasa pulak macam membebankan. Macam kena paksa bayar. Tapi anggap sahaja sebagai sumbangan. Bila kita sumbang secara ikhlas, itu sudah di anggap sebagai amal yang mulia.”

Dari reaksi di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa rewang ini banyak manfaatnya. Andainya masyarakat setempat hidup bersatu padu, ada sifat tolong menolong, pasti banyak perkara boleh dilaksanakan.

Malah perkara yang sukar menjadi mudah. Semoga amalan rewang ini dapat diteruskan demi meningkatkan lagi silaturrahim di antara kita semua. Selamat menyambut kehadiran bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

Semoga amalan dan ketaqwaan kita dapat ditingkatkan dan diredhai oleh Allah SWT.

#laskarmalaya

Kategori