Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Masalah Jerawat Selama 15...

SEORANG blogger mendedahkan dia berjaya mengatasi masalah jerawat yang dialaminya selama 15 tahun...

Beg Seakan Bentuk Perut...

TERKINI di pasaran, kita dapat melihat pelbagai jenis corak dan rekaan beg yang...

PRK: Bapa Mentua Tidak...

LUNDU - Bapa mentua Rapelson Richard Hamit berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan...

Mangsa Banjir Diselamatkan Dengan...

Kuala Berang : Helikopter terpaksa digunakan bagi memindahkan 18 mangsa banjir termasuk bayi...

Ribuan Penyokong Ahok Membanjiri Balai Kota Jakarta

JAKARTA – Ribuan penyokong membanjiri Balai Kota Jakarta pagi ini sebagai memberi sokongan moral dan melahirkan rasa dukacita kepada Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok yang dijatuhi hukuman dua tahun penjara atas kesalahan menghina agama.

Mereka berhimpun selama kira-kira dua jam sejak 6 pagi dan mula menyanyikan lagu patriotik Indonesia yang dipimpin seorang ahli muzik terkenal, Addie MS.

Turut serta Naib Gabenor Djarot Saiful Hidayat, yang memulakan tugas sebagai pemangku Gabenor mulai hari ini ekoran Ahok telah ditahan mulai semalam setelah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap beliau.

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai yang berbaju merah turut membawa sepanduk dan belon yang tertulis pelbagai mesej termasuk ‘Keadilan Untuk Ahok’ dan melaungkan ‘Hidup Pak Ahok’.

Semalam Mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman dua tahun penjara terhadap Ahok setelah mendapati beliau terbukti bersalah melakukan penodaan agama kerana membuat kenyataan menyentuh Surah Al Maidah ayat 51 ketika bertemu pengundi di Pulau Pramuka, Kepulauan Seribu pada September tahun lepas.

Ahok yang kalah dalam pilihan mempertahankan jawatan pada bulan lepas sepatutnya menamatkan perkhidmatannya Oktober ini.


Media dalam talian melaporkan Ahok pada mulanya ditahan di Penjara Cipinang tetapi telah dipindahkan ke Markas Polis Briged Mobil (Brimob) di sini pada tengah malam tadi.

Ketua Polis Jakarta Timur Andry Wibowo dipetik sebagai berkata pemindahan Ahok adalah atas permintaan pihak penjara atas alasan keselamatan.

Semalam ratusan penyokong Ahok berhimpun secara aman dengan menyalakan lilin di luar bangunan penjara Cipinang itu bagi menunjukkan sokongan moral, namun bersurai sebaik diminta berbuat demikian oleh Djarot. – BERNAMA

Kategori