RAHUL Mohamad Ali, 3 tahun, antara anak Rohingya yang tidak pernah melihat tanahairnya.
Sejak krisis penghapusan etnik terjadi di Myanmar pada 2011, ibu bapanya lari ke Malaysia. Bapa Rahul mati diserang jangkitan paru-paru di Kota Bharu, setahun lalu.
Rahul kini tinggal bersama ibunya, Rohimah Hussin dan berlindung bersama 100 lagi anak-anak Rohingya yang belajar di Sekolah Al-Ikhlas di Selayang.
Rahul dan ibunya serta pelajar Al Ikhkas hari ini dikunjungi trak Bubur Lambuk TV AlHijrah. Satu lagi misi Rapatkan Saf sempena Ramadan.
Misi menemui pelarian Rohingya antara sasaran program Bubur Lambuk TV AlHijrah yang menyasarkan 200 ribu pek edaran.
Selain Selayang, misi Bubur Lambuk Go Global pula, kini berada di Beirut, Lubnan. Misi kali ini ke Masjid Hamra dan di kem pelarian Sabra dan Shatila.
Krew TV AlHijrah, Penerbit Fitri Musa dan Ariswanto Mukhlas serta jurukamera, Zamir Zulkafli dan Azri Salleh mengambil inisiatif memasak sendiri bubur lambuk.
Di Masjid Hamra, bubur lambuk diedar pada jemaah sebagai sajian berbuka puasa. Lebih 100 bekas bubur lambuk diagih sebelum solat Maghrib.
Bubur Lambuk Go Global juga berziarah kem pelarian Palestin di kem Sabra Shatila. Kem yang sentiasa diingat dunia berikutan tragedi 1982 dimana lebih 3000 penduduk Palestin mati dibunuh tentera Zionis.
Kem ini dibuka pada 1968 setelah pelarian Palestin lari meninggalkan Tebing Barat ketika diserang tentera Israel dalam Perang Yom Kippur. Lebih 100 ribu pelarian menyusup masuk ke Lubnan.
Esok, kempen Bubur Lambuk Go Global akan mula bergerak di Mogadishu, Somalia. Wartawan Shafik Azman mengetuai misi di negara yang dianggap antara zon perang paling berbahaya di dunia.
Manalala edaran domestik akan menyaksikan trak bubur lambuk akan berada di Wad
Wad Pediatrik PPUKM, Cheras. Selain di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Cyberjaya. – MYNEWSHUB.CC