Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gitar Dihempas Kurt Cobain...

NEW YORK: Sebuah gitar yang pernah dihempaskan di atas pentas oleh penyanyi utama...

MH17: Kumpulan Kelima Jenazah...

SEPANG - Pesawat komersial MH19 bawa tiga jenazah mangsa nahas MH17 tiba di...

Belanda Umum Laporan Awal...

THE HAGUE - Laporan awal nahas pesawat MH17 di timur Ukraine akan dikeluarkan...

Rakan Artis Doa Haqiem...

ISU melibatkan penyanyi, Haqiem Rusli yang mengejutkan umum apabila beri ‘bayangan’ seolah-olah dirinya...

Rosmah Rai Tenaga Kerja Wanita Di Seri Perdana

PUTRAJAYA – Buat julung kalinya, satu majlis makan tengah hari diadakan di Kompleks Seri Perdana khususnya bagi meraikan tenaga kerja wanita sempena sambutan Hari Pekerja tahun ini.

Majlis itu dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu disertai 220 tetamu terdiri daripada tenaga kerja wanita dari 22 syarikat swasta yang mewakili pelbagai industri di Lembah Kelang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Rosmah dalam ucapannya berkata statistik pada 2016 menunjukkan sebanyak 52 peratus tenaga kerja dalam sektor pekerjaan adalah wanita.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kaum wanita juga adalah sebahagian daripada modal insan yang berpotensi menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara selain menjadi aset kepada organisasi.

“Saya berbangga kerana pada hari ini, wanita turut boleh bergerak progresif dan berpeluang untuk menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara. Ini diperkukuhkan lagi dengan sokongan kerajaan yang sentiasa mengambil berat tentang isu dan kepentingan wanita serta mengiktiraf wanita selaku rakan pembangunan negara,” kata beliau.

Rosmah turut menyeru tenaga kerja wanita supaya sentiasa merebut peluang untuk meningkatkan kompetensi diri, ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk sentiasa berdaya saing dalam bidang pekerjaan.


Selain itu, beliau menasihatkan mereka yang bekerja supaya mengamalkan gaya hidup sihat kerana pekerja yang sihat dan gembira pastinya dapat menjana produktiviti yang baik.

Beliau juga meminta semua wanita Malaysia supaya bersatu padu dan senada dalam bersuara.

“Wanita Malaysia perlu saling bekerjasama bagi meningkatkan lagi tahap mereka. Mereka juga harus menyokong satu sama lain kerana tiada siapa yang menyokong mereka kecuali sesama sendiri,” kata beliau.

Pada majls itu, para tetamu dihiburkan oleh persembahan kanak-kanak Permata Seni selain diberi peluang untuk meninjau dan mengenali Kompleks Seri Perdana. – BERNAMA

Kategori