Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mahkamah: Pembantu Veterinar Didenda...

JOHOR BAHARU - Seorang Pembantu Veterinar Pejabat Perkhidmatan Veterinar Kulai dijatuhi hukuman denda...

Bekas Banduan Menyamun Bersenjatakan...

Petaling Jaya : Meskipun baru sahaja keluar dari penjara, seorang lelaki tidak serik...

Malaysia Perlukan Kesederhanaan

PUTRAJAYA - Kesederhanaan atau Wasatiyyah bukanlah hanya sebahagian daripada tradisi Malaysia tetapi ia...

“Saya Tidak Pernah Kahwin”...

JIKA semalam, satu Malaysia dikejutkan dengan khabar angin menyatakan calon bakal suami pengacara...

Rosmah Inovasi Pembangunan Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menerima anugerah Tokoh Inovasi Pembangunan Kanak-kanak daripada Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) atas sumbangan dan jasa beliau sebagai pengasas dan penaung program PERMATA.

Anugerah itu disampaikan kepada beliau oleh Pengerusi YPC Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee bersempena majlis Anugerah Guru Bestari 2017 anjuran yayasan berkenaan di sini hari ini.

YPC turut menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Yayasan PERMATA.

Menurut YPC, Rosmah menerima anugerah itu berdasarkan peranan, jasa dan sumbangan kepada negara antaranya dalam membina keupayaan, mencungkil kreativiti, merangsang minda dan kemahiran sosial kanak-kanak di bawah usia empat tahun menerusi Program PERMATA Negara.

Ia juga sebagai menghargai sumbangan beliau dalam menyantuni kanak-kanak autisme dan menitik berat penjagaan berkualiti kepada kanak-kanak autisme menerusi PERMATA Kurnia selain membimbing pelajar yang mempunyai kepintaran luar biasa untuk menjadi lebih cemerlang menerusi PERMATA Pintar.

Anugerah berkenaan juga sebagai menghargai peranan isteri perdana menteri dalam menggilap bakat kanak-kanak yang berpotensi dalam bidang seni selain inisiatif meningkatkan kesedaran masyarakat untuk memerangi jenayah seksual kanak-kanak.

Pada majlis hari ini, Rosmah menyampaikan Anugerah Guru Bestari kepada 37 guru sekolah dalam Parlimen Cheras dan Kuala Lumpur. Mereka menerima wang tunai, telefon pintar dan sijil penghargaan.


Dalam ucapannya, beliau menyifatkan anugerah Guru Bestari yang diwujudkan YPC sejak 2001 sebagai pengiktirafan atas pengorbanan guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa.

“Saya berasa gembira dengan inisiatif ini yang menunjukkan kesungguhan serta komitmen tinggi YPC untuk membantu kerajaan memartabatkan profesion perguruan dan memajukan sektor pendidikan negara,” katanya.

Turut disampaikan ialah Anugerah Khas Pembangunan Pendidikan, Anugerah Khas PIBG, Anugerah khas Kepimpinan Guru Besar dan Anugerah Khas Kepimpinan Pengetua.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Foziah Buang menerima Anugerah Khas YPC. – BERNAMA

Kategori