Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Remaja Perempuan Mati Dibakar...

Peshawar, Pakistan - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dibunuh dengan kejam selepas...

VIDEO: Anwar Bicara Di...

Demo, gaduh dan Pakatan Rakyat berpisah tiada - itulah boleh dikatakan terhadap insiden terbaru...

Nenek Tersungkur Depan Rumah...

Johor Bahru - Seorang nenek berusia 86 tahun menerima tujuh jahitan di kepala...

Tak Mustahil Adib Diserang...

SHAH ALAM – Tidak mustahil untuk Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terhentak ke...

Sabah Masih Kubu Kuat BN – Ramlee

SEMPORNA – Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Ramlee Marahaban yakin Sabah masih menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) untuk menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 berdasarkan sokongan rakyat yang mantap terhadap parti gabungan itu.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah berkata keyakinan mengekalkan Sabah sebagai simpanan tetap BN itu tinggi ekoran gerak kerja jentera parti yang bersatu mendekati rakyat dan konsisten.

“Usaha mendekati rakyat adalah bertali arus, konsisten dan bukan bermusim, malahan perkhidmatan kita (BN) sentiasa dirasai rakyat,” katanya yang tidak setuju dengan artikel kajian dijalankan badan penyelidik Merdeka Center yang mendapati Sabah bukan lagi simpanan tetap BN.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Belia 2017 peringkat daerah anjuran Parlimen Belia Semporna bersama Pergerakan Pemuda UMNO Semporna, di sini.

Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya berkata kajian dijalankan Merdeka Center itu hanya dibuat secara rambang tetapi jentera parti BN di negeri ini lebih tahu kerana lebih dekat dengan rakyat dan individu.


“Saya bercakap berpaksikan kerja, penelitian, pendekatan kita dengan rakyat,” katanya lagi.

Menurutnya, manifesto pada PRU ke-13 hampir 90 peratus tercapai dan rakyat tahu menilai perkara itu. – BERNAMA

Kategori