Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Penoreh Getah Maut Dibelasah...

SIK - Seorang penoreh getah maut selepas dibelasah dalam kejadian yang berlaku kira-kira...

AirAsia Beli 100 Unit...

SEPANG - AirAsia menandatangani tempahan dengan Airbus bagi pembelian 100 pesawat A321neo, menjadikannya...

Kisah 3 Anak Yatim...

KEGILAAN masyarakat sekarang merakam apa sahaja perkara yang dirasakan satu isu buat mereka lantas...

Faizal Tahir Kurus Kerana...

PETALING JAYA - Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mendedahkan punca dia semakin kurus...

Saintis Syor Makan Tahi Hidung Untuk Kesihatan

SELALUNYA ibu bapa pasti menegah teruk anak-anak kecil mereka daripada mengorek dan memakan tahi hidung sendiri.

Namun tahukah anda, kajian terbaharu para saintis Barat mendapati sebenarnya praktis ‘pengotor’ itu mungkin mampu membantu meningkatkan sistem imun!

“Makan saki-baki tahi hidung kering yang ditarik keluar daripada hidung adalah cara yang baik untuk menguatkan sistem imun tubuh anda,” kata pakar paru-paru Austria, Profesor Friedrich Bischinger kepada akhbar UK, The Telegraph.

Para saintis daripada beberapa universiti terkemuka dunia, termasuk MIT dan Harvard, malahan menyatakan bahawa hingus kering atau tahi hidung mengandungi bakteria baik.

Oleh itu, mereka memutuskan bahawa memakan tahi hidung mungkin mampu mencegah bakteria penyebab kaviti daripada melekat di gigi, mempertahankan jangkitan pernafasan, ulser perut dan juga HIV, lapor Telegraph.


Saintis Syor Makan Tahi Hidung Untuk Kesihatan
Makan tahi hidung mampu mempertingkatkan sistem imun tubuh, menurut kajian penyelidik Barat.

“Alam semula jadi sememangnya menganjur kita untuk melakukan pelbagai cara demi kelangsungan hidup dan memperbaiki sistem tubuh,” kata Dr. Scott Napper, profesor biokimia daripada Universiti Saskatchewan, Kanada.

Sementara itu, CBC News melaporkan bahawa terdapat beberapa orang penyelidik yang sedang cuba untuk mencipta ubat gigi dan gula-gula getah yang diperbuat daripada hingus sintetik untuk meningkatkan kebersihan gigi. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Kategori