HAMPIR 2.5 Juta rakyat Malaysia menghidapi sakit mental. Angka ini dijangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun, menilai kepada trend pengurusan emosi dan mental yang tidak efektif di negara ini.
Namun adakah mereka wajar diklasifikasikan sebagai gila?
Sakit mental ini bukan sahaja gila. Gila itu definisi falasi setiap orang yang tidak kenal erti sebenar sakit mental.
Sakit mental atau dalam bahasa lain adalah masalah psikologi, kerap berlaku dalam masyarakat yang terdedah dengan pelbagai jenis tekanan.
Menurut pakar, stress adalah punca kepada bermula pelbagai jenis masalah mental lain seperti kemurungan, anzieti bahkan boleh menyebabkan schizophrenia.
60 peratus tekanan berlaku di tempat kerja. Selebihnya berpunca daripada masalah dengan pasangan dan pengambilan ubat yang tidak terkawal.
Rata-rata kes yang dirujuk pada pakar adalah schizophrenia dan kemurungan. Secara puratanya, 2000 kes baharu yang dicatatakan setiap tahun.
Selain itu, terdapat juga masalah psikologi lain seperti OCD, Autism, Trauma dan banyak lagi pecahan masalah psikologi yang bertunjangkan 2 kategori iaitu psikosis dan neurosis.
Namun berapa ramaikah dalam kalangan kita sedar akan impak masalah psikologi ini?
Ramai dalam kalangan kita tidak sedar akan bahaya masalah sakit mental dan ramai yang bengantung pada ubat untuk menghilangkan masalah psikologi ini.
Satu realiti yang kita perlu sedar, masalah psikologi ini tiada ubatnya. Perkara yang membantu masalah ini berkurang atau terkawal adalah terapi, intervensi dan sokongan moral masyarakat sekeliling.
Jom jumpa pakar untuk pastikan kita bebas daripada masalah psikologi yang serius. – MYNEWSHUB.CC
#laskarmalaya