Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tetap Kawal, Pantau...

KEMAMAN - Kerajaan akan tetap mengawal dan memantau penyebaran maklumat di internet bagi...

Tahanan ‘Dipenjara’ Dalam Banglo...

"SEBELUM dipenjarakan di sini, saya bersama rakan-rakan 'dipenjarakan' hampir tiga minggu di sebuah...

Harga Minyak: RON95, 97...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar yang ditetapkan secara mingguan mulai 30...

Pelakon Nadya Rupanya Dah...

PELAKON berhijab yang sering membawakan watak antagonis, Nadya Syahera Rosli telah pun selamat...

Sambutan Hari Peneroka Felda Di Putrajaya Julai Ini

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Peneroka FELDA Kebangsaan ke-60 yang bertema ‘Ekspresi Felda Negaraku Malaysia’ kembali diadakan di Putrajaya bagi memastikan ia diangkat ke skala lebih besar seperti yang dihasratkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata, sambutan selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Julai depan itu dijangka menarik kehadiran lebih 50,000 pengunjung, iaitu peningkatan sekali ganda berbanding penganjuran di Jengka, Pahang tahun lepas.

“Selain mempamerkan sejarah, pencapaian, kejayaan dan kekuatan Felda, sambutan kali pertama yang diadakan selama tiga hari itu bakal menyaksikan belia-belia Felda terlibat dalam Program TN50 bagi berkongsi harapan dan aspirasi apakah bentuk Felda yang diimpikan mereka pada 2050.”

“Sekali gus ia akan diberi pertimbangan oleh kerajaan untuk merencana, menyusun kerja memajukan rancangan-rancangan Felda,” katanya pada sidang media pengumuman Sambutan Hari Peneroka FELDA 2017 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Razali berkata pelbagai aktiviti telah diatur bagi memeriahkan sambutan yang akan diadakan di sepanjang Persiaran Putrajaya itu, antaranya gerai makanan dan minuman, persembahan artis FELDA, pameran oleh rangkaian FELDA dan agensi yang terlibat dalam industri kelapa sawit dan getah.


Selain itu, turut diadakan jualan murah bahan keperluan harian dan buah-buahan sepanjang tempoh sambutan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Antara lain ialah pertandingan futsal membabitkan 54 kawasan Parlimen yang mempunyai FELDA, pertandingan bola sepak Piala Pengerusi FELDA serta perlawanan persahabatan melibatkan pasukan bola sepak Felda United yang beraksi dalam Liga Super Malaysia, katanya.

Dalam pada itu, Shahrir berkata beliau yakin Perdana Menteri akan mengumumkan ‘sesuatu’ yang menarik buat peneroka dan penghuni tanah rancangan Felda semasa menyampaikan ucaptama pada kemuncak sambutan tersebut.

“Selain pemerkasaan program perumahan generasi baharu Felda yang sedang dijalankan, saya yakin ada perkara baharu akan diumumkan kelak seperti insentif dan program tertentu untuk kelangsungan Felda sebagai sebuah organisasi,” katanya. – BERNAMA

Kategori