Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Najib Hadir Ziarah Nik...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di kediaman Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik...

Tiada Episod Hujan Lebat...

KUALA TERENGGANU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) negeri meramalkan tiada episod hujan...

Polis Keliru Tersilap Hantar...

DEK kerana tidak dapat membezakan jantina banduan, pegawai polis tempatan secara tidak tidak sengaja...

Dr. Wan Azizah Bertemu...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai timbalan...

Sarawak Cadang Polisi Baharu Galak Tanam Semula Hutan

KUCHING – Sarawak akan memperkenalkan polisi baharu untuk menggalakkan pemain industri balak di negeri ini menggunakan bahan mentah daripada sumber hutan yang ditanam semula, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata ketika ini, pemain industri dilihat tidak ​​​​serius untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (RnD) dalam usaha menyahut seruan kerajaan supaya menanam semula hutan yang ditebang.

“Saya minta pihak swasta bersama-sama kerajaan untuk laksanakan RnD, jalankan penyelidikan demi masa depan bagi mengeluarkan hasil kayu yang lebih mapan. Mungkin kita akan hasilkan formula tertentu untuk mereka yang terlibat bagi memberi insentif apabila mereka melakukan (RnD) ini.

“Kalau boleh laksanakan RnD untuk tanam semula spesies asli yang secara semula jadi ada di Sarawak dan ini tentunya akan meluaskan persekitaran hijau dan pada masa sama kita hanya mendapat bahan mentah dari ladang hutan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Balak dan Minggu Usahawan Kecil dan Sederhana (SMEs) Sarawak 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Abang Johari yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli berkata Sarawak mempunyai potensi besar untuk kegiatan hiliran berasaskan kayu balak seterusnya mengeluarkan produk yang memenuhi kehendak pasaran.

“Pemain industri perlu menghasilkan produk yang menarik serta tahan lama dan ia akan meletakkan negeri ini dalam pasaran balak. Pada masa ini, Johor mendahului kita dalam penghasilan perabot biarpun kita mempunyai banyak sumber,” katanya.

Pada majlis yang sama, Abang Johari turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU), perjanjian perniagaan dan kontrak jualan oleh enam syarikat utama industri balak di Sarawak iaitu Shin Yang Group of Companies, Ta Ann Group of Companies, Samling Group of Companies, WTK Group of Companies, KTS Group of Companis dan RH Group Companies bersama pembeli masing-masing dengan jumlah keseluruhan bernilai RM80 juta. – BERNAMA

Kategori