Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jenazah Dr Fadi Selamat...

KUALA LUMPUR — Jenazah Imam Palestin, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh yang diterbangkan...

“Ancaman Terhadap Islam Masih...

PERHIMPUNAN menentang hasrat kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) meratifikasi konvensyen ICERD yang dirancang...

Lelaki Cedera Disamun, 10...

SUNGAI PETANI - Polis menahan 10 suspek selepas menerima laporan seorang lelaki berusia...

Produk Tertentu Top Glove...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) mendakwa...

Sarawak Komited Bangunkan Ekonomi Digital

KUCHING – Kerajaan negeri amat komited untuk membangunkan ekonomi digital bagi merangsang pertumbuhan ekonomi Sarawak secara lebih pesat.

Menteri Bekalan Elektrik dan Air Luar Bandar negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata ekonomi digital akan menjadi dimensi baharu dalam pembangunan negeri ini.

Berucap pada persidangan Dewan Undangan Negeri ke-18 di sini hari ini, beliau berkata ekonomi digital akan menjadi sumber bagi pertumbuhan ekonomi yang akan menyediakan lebih banyak peluang, terutama untuk belia luar bandar, bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam E-dagang, E-kesihatan dan E-pembelajaran.

Menurut Dr Rundi, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sendiri telah menyatakan rancangan beliau untuk membina 5,000 menara komunikasi di Sarawak bagi mengukuhkan lagi rangkaian infrastruktur komunikasi dan membangunkan era ekonomi digital dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Kerajaan negeri juga melabur sebanyak RM1 bilion bagi memulakan pembangunan ekonomi digital, termasuk mewujudkan perkampungan digital berharga RM30 juta dalam usaha melahirkan tekno-usahawan muda,” katanya.

Beliau berkata pelbagai rancangan telah disusun bagi membina 240 menara telekomunikasi baharu, menaik taraf 395 menara sedia ada untuk menyediakan kemudahan 3G dan 4G serta menghubungkan lebih 600 menara dengan serat optik untuk menyediakan liputan jalur lebar dan perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai.

Katanya, setakat ini, rekod menunjukkan kadar penembuasan jalur lebar meningkat daripada 13.6 peratus pada 2008 kepada 51 peratus pada suku ketiga 2016.


Menurut beliau, liputan perkhidmatan 3G di kawasan berpenduduk meningkat 44 peratus sejak 2008, kepada 71 peratus pada Februari tahun ini.

Sementara itu, Dr Rundi berkata kerajaan, melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), telah melabur lebih RM2 bilion dalam bentuk dana Peruntukan Perkhidmatan Universal (USP) bagi menyediakan infrastruktur di Sarawak sejak 2008.

“Hasil daripada pelaburan itu kini dapat dilihat dengan ketara melalui pembinaan 412 menara di luar bandar, sambungan kabel optik sepanjang 1,237 kilometer dan penubuhan 124 Pusat Internet 1Malaysia, yang beroperasi di seluruh negeri.

“Projek lain yang sedang dilaksanakan melalui dana itu ialah pemasangan kabel serat optik dasar laut dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak melalui Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M),” katanya.

Beliau berkata melalui SKR1M , kabel sepanjang 1,229 kilometer dipasang untuk menyediakan kelajuan internet hingga 4 Tbps, yang boleh ditingkatkan keupayaannya sehingga 12 Tbps, bergantung pada permintaan pengguna. – BERNAMA

Kategori