Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pembinaan ECRL: Lebuhraya KLK...

KUANTAN - Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu...

Perodua Tawar Pemeriksaan Percuma

PERODUA menawarkan pemeriksaan 50 mata percuma di bawah projek Tweckbot kepada pemilik kereta...

Penculik Kanak-Kanak Tadika Ditangkap?

KULAI - Seorang pengguna Facebook mendakwa terdapat cubaan culik yang berlaku di sebuah...

Alahai… Merajuk Sampai Duduk...

PEREMPUAN memang begitu sinonim dengan ayat 'merajuk' ni. Kalau lelaki merajuk lebih-lebih tu...

Sarawak Masih Berunding Kenaikan Royalti Minyak

KUCHING – Sarawak masih berunding dengan Petronas mengenai kenaikan royalti minyak sebanyak 20 peratus, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Dalam ucapan penggulungannya pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, beliau berkata kini masanya tidak sesuai untuk rundingan berikutan harga minyak yang rendah dan kos pengeluaran yang amat kompetitif.

“Dengan keadaan sedemikian, kita perlu mengendalikannya dengan baik,” katanya.

Sementara itu, katanya beliau telah memutuskan bahawa kerajaan akan meneruskan pembangunan industri minyak dan gas di negeri ini.

Ia juga akan berunding dengan Petronas mengenai cara dan kaedah untuk menyertai aktiviti huluan dan hiliran syarikat minyak nasional itu di Sarawak, katanya.

“Kerajaan negeri akan membentuk sebuah entiti komersial milik negeri bersama Petronas untuk meneroka dan mengeluarkan minyak dan gas di lapangan minyak lama atau dibuka semula yang mempunyai potensi untuk menghasilkan minyak dan gas.

“Sarawak akan turut menyertai aktiviti hiliran. Ia telah melaksanakan projek perintis di Bintulu dalam pengeluaran metanol dan derivatifnya,” katanya.

Abang Johari berkata kerajaan turut berunding dengan Petronas mengenai butiran perjanjian pemegang saham bagi 10 peratus ekuiti dalam Loji Train 9 Gas Asli Cecair Malaysia (MLNG), selain mengusahakan ekuiti yang lebih besar dalam loji MLNG 2.

Petronas, katanya, telah diarahkan oleh kerajaan negeri bahawa ia perlu dirujuk mengenai penggunaan gas dari mana-mana lapangan baharu.


‘Langkah ini untuk memastikan Sarawak mempunyai hak untuk menolak penggunaan sumber gas yang baharu bagi pembangunan industri minyak dan gasnya, serta pembangunan industri lain di negeri ini.

“Susulan daripada beberapa perjanjian yang dimeterai baru-baru ini, Petronas komited untuk membekalkan 450 juta kaki padu standard gas asli sehari bagi pembangunan sektor tenaga dan bukan tenaga di negeri ini.

“Selain itu, ia komited kepada nilai minimum sebanyak RM2.1 bilion nilai kontrak yang akan diberikan kepada syarikat Sarawak. Sejak 2013, Petronas telah memberi RM15.8 bilion nilai kontrak kepada syarikat Sarawak,” katanya.

Abang Johari berkata jumlah syarikat Sarawak yang berlesen atau berdaftar dengan Petronas meningkat daripada 314 pada 2013 kepada 420 pada tahun lepas.

“Kami akan terus membangunkan cara dan kaedah untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Mengenai perkembangan lain, katanya Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation milik negeri telah diberikan projek Bokor dan Anjung di luar pesisir Sarawak bernilai RM490 juta.

“Skop termasuk reka bentuk, pembinaan, pemasangan luar pesisir, penyambungan dan pengoperasian keseluruhan rantaian nilai projek pembangunan luar pesisir. Langkah ini memberi laluan kepada penglibatan yang luas dalam lapangan minyak yang dibuka semula di luar pesisir Sarawak yang dapat dimanfaatkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori