Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pakar Ramalkan Gunung Agung...

PARIS - Majoriti pakar kajian gunung berapi berpendapat Gunung Agung di Bali, Indonesia...

Harga Barang Bakal Naik...

KUALA LUMPUR - Harga barang di pasaran dijangka meningkat susulan peningkatan kadar gaji...

GAMBAR : Kereta Nissan...

Seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang juga pemilik kereta jenis Nissan Skyline GTR...

Imam Sunnah Ditembak Mati...

TEHRAN - Imam berfahaman Sunnah yang selalu mengimamkan solat Jumaat ditembak mati semalam...

Satelit Pertama Angola Dijangka Dilancar Tahun Ini

LUANDA – Satelit negara pertama Angola dikenali Angosat1, dijangka memasuki ruang angkasa lepas pada tahun ini, kata Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat José Carvalho da Rocha.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Rusia dan wakil penuh Kerajaan Persekutuan Timur Jauh Yuri Trutnev.

José Carvalho da Rocha berkata, projek kini berjalan seperti dirancang dan sudah berada pada tahap 80 peratus siap.

Justeru katanya, memandangkan Angosat1 dijadual dilancarkan tahun ini, adalah penting untuk meneruskan langkah seterusnya dengan memberi tumpuan kepada latihan dan kelayakan profesional.


“Pertemuan itu bertujuan membincangkan mengenai tahap pencapaian kerjasama terutamanya projek pembangunan yang menerima sokongan Rusia,” katanya.

Angosat1 merupakan satelit komunikasi pertama di Angola dan kontrak mengenai projek itu ditandatangani Angola dan Rusia pada 2009. – BERNAMA

Kategori