Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Konvensyen PKR Sarawak Tetap...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meneruskan konvensyen parti peringkat negeri...

Minta Polis Siasat Surat...

IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hari in meminta...

Pesakit Zika Meninggal Dunia...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang pesakit lelaki dari Sabah, yang merupakan...

Kuari: Penduduk Dalam Bahaya

NIBONG TEBAL - Kerajaan Pulau Pinang berhadapan tekanan kerana gagal bertindak terhadap aktiviti...

Saya Perlu Pertahankan Hak Saya – Harris Baba

PELAKON kelahiran Singapura Harris Baba memberitahu dirinya berasa kurang selesa dengan sikap pengguna media sosial yang suka menjadikan kisah peribadi sebagai bahan jenaka dan kutukan.

Menurut Harris, dia merupakan seorang yang mudah ‘berang’ jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab meninggalkan komen yang tidak elok terhadap keluarganya.

“Sebelum ini saya banyak mendengar dan membaca tentang artis yang kena kritik, ia sangat menyedihkan dan sebab itulah agak lama saya tidak berkongsi apa-apa gambar keluarga di media sosial.

Harris, 27, bersama isteri, Nazihah Zawawi, 22 dan anak mereka, Aleena Ziya

“Saya mahu lindungi isteri dan keluarga saya daripada menerima nasib yang sama. Saya tak boleh tahan kalau ada yang meninggalkan komen negatif,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, menerima kritikan merupakan perkara yang biasa bagi selebriti tetapi dia tetap tidak menyukai perkara tersebut.

“Memang akan ada yang memberikan komen yang negatif dan kritikan. Sebagai seorang selebriti, ia memang perkara yang biasa, tetapi saya tidak suka.


“Kadang-kadang saya akan balas komen tersebut dengan teguran supaya mereka lebih berhati-hati ketika meninggalkan komen.

“Saya perlu mempertahankan hak saya, tak kisah lah saya artis atau sesiapa pun. Kalau tak betul, saya akan tegur dengan cara yang baik dan sarkastik,” katanya lagi. -MYNEWSHUB.CC

Kategori