Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Padah Terlalu Yakin,...

MEMPUNYAI keyakinan diri yang tinggi sememangnya diperlukan sebagai seorang atlet sukan.Namun, jangan terlalu...

60 Individu Ditahan Terbabit...

KUALA LUMPUR - Sejak Ops Soga dilaksanakan pada 1 Jun lepas, kira-kira 60...

284 Jemaah Haji Kumpulan...

PETALING JAYA : Seramai 284 bakal jemaah haji penerbangan kumpulan ketiga (KT03) selamat...

Apakah Malaysia Ada ‘2...

MUNGKIN ramai tidak menyedari sesuatu yang mengelirukan dan tidak sepatutnya berlaku telah terjadi...

Sebutan Semula Kes Rasuah Pengusaha Kebun 15 Mei

KUANTAN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes dua pengusaha kebun di Cameron Highlands yang didakwa menawar dan memberi rasuah kepada pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN), dua tahun lalu.

Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof membuat keputusan itu pada prosiding dalam kamar, selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kamariah Seman.

Kamariah semasa ditemui berkata permohonan itu dikemukakan memandangkan pihak pendakwaan masih menyemak semua dokumen berkaitan sebelum dapat diserahkan kepada pihak pembelaan.

Pada 6 April lalu, tertuduh Law Hee Thiam, 38, dan Chan Kok Fong, 40, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu yang didakwa bagi melindungi kegiatan haram mereka di tanah peranginan itu.

Law didakwa memberi suapan bernilai RM15,00 kepada pegawai MKN Sanifah Yusof sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadap kebun yang diusahakan secara haram dan tanpa permit di Hutan Simpan Gunung Siku, Cameron Highlands.

Chan pula didakwa atas tiga pertuduhan menawar dan memberi suapan berjumlah RM24,000 juga kepada Sanifah sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadap kebun yang diusahakan secara haram dan tanpa permit di Hutan Simpan Ringlet, Cameron Highlands.


Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 8 April 2015 dan 19 Mei 2015 di Coffee House Hotel Heritage, Tanah Rata, Cameron Highlands.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Pada prosiding itu, tertuduh diwakili peguam Simon Evanson. – BERNAMA

Kategori