Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Hidupkan Semula Projek Kereta...

JAKARTA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membayangkan kemungkinan untuk menghidupkan semula...

Ikon Filem Seram Christopher...

LONDON - Pelakon Britain, Sir Christopher Lee, yang terkenal sering memainkan watak jahat...

P.Pinang Diminta Perjelas Penutupan...

GEORGETOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang meminta kerajaan negeri supaya berterus terang...

Ibu Pelajar Dirotan Guru...

PASIR GUDANG - Ibu kepada seorang pelajar perempuan yang dirotan guru di sebuah...

Sebutir Lagi Bom Paip Dijumpai Di Bangkok

BANGKOK – Sebutir lagi bom paip dijumpai di daerah Huai Kwang, di bahagian tengah bandar raya ini, seminggu selepas sebutir bom paip berkuasa tinggi yang sarat berisi paku, meletup di Hospital Pramongkutklao kendalian tentera di sini dan mencederakan 21 orang.

Ketua Polis Negara Jen Chaktip Chaijinda dalam respons segera yang mengesahkan penemuan bom itu berkata pihak terbabit ingin menimbulkan suasana cemas dalam kalangan orang ramai dan mencemarkan nama baik polis.

“Bom itu kelihatan sama seperti bom yang digunakan dalam kes sebelum ini di Minburi dan Ratchaprasong,” katanya kepada media hari ini, sambil menambah pihak berkuasa memerlukan lebih banyak masa untuk membuat analisis lanjut tentang bom berkenaan dan komponennya.

Berikutan bom itu merupakan kejadian keempat melibatkan bom paip yang dihadapi pihak berkuasa dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, ketua polis tersebut mengarahkan anggota pasukannya supaya mengambil langkah lebih ketat bagi memelihara keselamatan orang ramai.

Dalam kejadian pada 2 petang waktu tempatan itu, pasukan Pelupusan Kelengkapan Bahan Letupan (EOD) polis dihantar ke tempat berkenaan dan mereka segera mengepung kawasan itu sebelum mengambil peranti letupan tersebut untuk dianalisis.

Dalam satu lagi kejadian kira-kira 30 minit selepas penemuan bom paip di daerah Huai Kwang itu, pasukan EOD polis dikerahkan ke kawasan Rama 2 di ibu negara Thailand ini, selepas menerima laporan tentang kewujudan sebuah kotak yang mencurigakan.


Polis melakukan letupan terkawal terhadap kotak berkenaan dan mendapati ia tidak diisi dengan sebarang bahan.

Sebelum kejadian letupan bom di Hospital Pramongkutklao, Bangkok digegarkan oleh dua letupan bom paip berhampiran Bangunan Loteri Kerajaan di Ratchadamnoen Road, menyebabkan dua orang cedera pada 5 April, dan di Bangunan Panggung Negara di Sanam Luang pertengahan bulan ini.

Letupan di Bangunan Panggung Negara itu juga menyebabkan dua orang cedera.

Letupan bom di hospital kendalian tentera itu mendorong kerajaan meningkatkan langkah keselamatan dan pihak berkuasa menghantar lebih banyak anggota tentera dan polis untuk mengawal bangunan kerajaan dan tempat awam. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bom

Kategori