Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wan Maimunah Derita Bengkak...

PELAKON veteran yang terkenal dengan watak air mata, Wan Maimunah kini dilaporkan sedang...

PRN: 572 Calon Sah...

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan satu kertas penamaan calon ditolak iaitu...

Perincikan Kaedah Terbaik Atasi...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri akan mengkaji dan memperincikan kaedah terbaik untuk menyelasaikan...

Bau Busuk Tiada Kaitan...

IPOH - Bau busuk yang dikesan di kawasan Hutan Simpan Bukit Kinta dekat...

Pesan Rasulullah: Lewatkan Sahur, Segerakan Berbuka

RAMADAN menjadi bulan yang sentiasa dinantikan. Dimana segala sesuatu yang dilakukan akan dilipatgandakan ganjaran pahala, rahmat dan juga keampunan dari Allah. Bahkan ibadah sunat pun akan diberikan pahala seperti ibadah wajib.

Puasa pada bulan Ramadan mulai disyariatkan pada 10 Syaaban tahun kedua hijrah.

Selama hayat, Rasulullah sempat menunaikan sembilan kali ibadah ini sebelum baginda wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah.

Allah memuji Rasulullah sebagai teladan terbaik bagi umat Islam. “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzab [33]: 21).

Bagaimanakah cara berpuasa yang dilaksanakan Nabi Muhammad?

MELEWATKAN SAHUR

Rasulullah menekankan kepentingan untuk bangun bersahur. Ia antara ciri-ciri utama ibadah berpuasa bagi umat Islam.

Sabdanya, bermaksud: “Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlul Kitab adalah bersahur.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah bersabda: “Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari)


RASULULLAH MENYEGERAKAN BERBUKA

Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah tips berpuasa yang diajarkan Rasulullah.

“Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah.

Apa yang terjadi dalam masyarakat kita, kerapnya ketika masuk waktu berbuka, ramai masih berada di bazar-bazar Ramadan berebut membeli juadah berbuka tanpa terus berbuka ketima azan Maghrib berkumandang.

Abdullah bin Yusuf menceritakan bahawa Malik telah meriwayatkan kepada daripada Abu Hazim daripada Sahl bin Sa’d bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia akan tetap mendapat kebaikan selagi mereka segera berbuka puasa.” (Hadis riwayat Imam Bukhari) – MYNEWSHUB.CC 

Kategori