Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Adobe Flash Dijangka Mati...

Pada hari ini, kebanyakkan pelayar web telah pun mematikan sokongan Adobe Flash, malah...

Gadis 15 Tahun Nikah...

PUTRAJAYA — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata perkahwinan remaja...

Rutin Pengemudi Bot Sekolah...

PEKAN - Rutin pagi Baharin A/L Sunta, 60, kembali sibuk hari ini, kerana...

Azmin Lafaz 10 Ikrar...

KLANG - Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali melafazkan 10 Ikrar...

Sekolah Perlu Patuhi SOP, Utama Keselamatan Pelajar

KOTA KINABALU – Pihak sekolah diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Pendidikan dan menjadikan keselamatan pelajar yang menyertai program perkhemahan atau apa jua aktiviti persekolahan sebagai keutamaan.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Dr. Amin Senin berkata perkara itu penting bagi memastikan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku semasa aktiviti dijalankan.

“Kami (Kementerian Pendidikan) sentiasa cuba untuk meminimakan dan jika boleh, mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku. Atas sebab itu, kementerian sentiasa mengingatkan pihak sekolah agar mematuhi SOP dan menjadikan keselamatan pelajar mereka sebagai keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 bagi Jabatan Pendidikan Sabah di sini hari ini.

Amin diminta mengulas kejadian tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan yang lemas di sebuah resort di Membakut, dekat Beaufort, pada April lepas.


Mengulas lanjut, beliau berkata laporan mengenai kejadian itu sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

“Di peringkat kementerian dan Jabatan Pendidikan Sabah, kami akan mengambil tindakan sewajarnya dan tindakan susulan itu adalah berdasarkan kepada laporan yang diperoleh,” katanya. – BERNAMA

Kategori