Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Drama Azmin Bela Anwar,...

ADA yang tersenyum sinis apabila mendengar khabar seolah-olah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri...

Selangor : Anwar Nafi...

Kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan...

Korban Tanah Runtuh Bangladesh...

CHITTAGONG - Angka terkini bencana tanah runtuh terburuk dalam sejarah Bangladesh mencecah 152...

Konvensyen DAP P.Pinang 2015...

GEORGE TOWN - Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 hari ini dicemari oleh...

Sekolah Pondok Diminta Beri Kerjasama Kepada Bomba

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pengurusan sekolah pondok supaya memberi kerjasama kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekiranya mereka datang untuk membuat pemeriksaan di premis mereka.

Beliau berkata kehadiran anggota jabatan itu bukan untuk mencari kesalahan atau mendenda pemilik premis yang tidak mengikut peraturan ditetapkan, sebaliknya ia dilaksanakan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

“Cuba ketepikan pemikiran silo, kita mesti bertindak di luar pemikiran…kalau bomba datang bagilah kerjasama jangan tuduh mereka tidak bagi kerjasama,” katanya katanya ketika berucap melancarkan penubuhan Skuad Bomba Pondok (zon utara) di Sekolah Menengah Agama Irshafdiah Addiniah, di sini hari ini.

Sekolah Pondok Diminta Beri Kerjasama Kepada Bomba

Skuad Bomba Pondok dirangka bersama Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia dan JPBM yang berperanan sebagai ejen kecil menyampaikan mesej dan maklumat berhubung aspek pencegahan dan keselamatan kebakaran kepada komuniti sekolah pondok.

Menerusi kerjasama bertemakan ‘Pondok Selamat Bersama Skuad Bomba Pondok’ itu, pengurus, guru dan pelajar sekolah akan diberi pengetahuan mengenai teknik menyelamat dan berkawad, pengguaan peralatan kebakaran serta latihan teori dan amali bagi menghadapi kecemasan dan atau bencana.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha membela dan memartabatkan institusi serta sekolah agama di negara ini termasuk sekolah pondok walaupun ada di antaranya terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, kepedulian serta keprihatinan kerajaan itu terbukti apabila Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) telah membelanjakan sebanyak RM388 juta untuk sekolah Kelas al-Quran dan Fadru Ain (Kafa) setakat ini.


Malah, katanya keperihatinan itu turut diterjemahkan menerusi penubuhan Skuad Bomba Pondok yang pertama seumpamanya membabitkan sekolah pondok.

“Semuanya ada 993,000 pelajar serta 32,000 guru Kafa yang patut pembiayaan diberi oleh kerajaan negeri, tapi kerajaan Persekutuan melalui Jakim beri peruntukan itu.

“Ertinya ada kepedulian dan ia (kepedulian) terbukti menerusi penubuhan Skuad Bomba Pondok yang tidak ada di negara lain kecuali di Malaysia sahaja,” katanya.

Timbalan perdana menteri turut memberi jaminan akan membawa ke perhatian Kabinet permintaan Ketua Pengarah JPBM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim agar elaun-elaun tambahan diberikan kepada anggota bomba. – BERNAMA

Kategori