Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dr Suhaini Tokoh Perdana...

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan anugerah...

Keputusan Akan Dibuat Sama...

GEORGE TOWN - Kementerian Pendidikan akan memaklumkan keputusan mengenai sama ada sekolah yang...

Coronavirus: Dah Perut Macam...

TENGOK senarai makanan yang dijual di pasar di Wuhan, China, tempat bermulanya penyebaran...

AS Takkan Layan Permintaan...

KUALA LUMPUR - Undang-undang ekstradisi dan perjanjian dua hala antara Malaysia dan Amerika...

Sekolah Seni Kuala Lumpur Dijadual Siap Oktober

KUALA LUMPUR – Projek meroboh, mengubah suai, menaik taraf, membina dan menyiapkan bangunan Sekolah Seni Kuala Lumpur (SSeMKL) di Jalan Seladang di sini yang terbengkalai sejak 2014 dijadual siap sepenuhnya Oktober ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata projek berkenaan diambil alih kontraktor baharu pada Julai tahun lepas dan sekolah itu bersedia menerima pelajar bagi sesi persekolahan 2018.

“Sekolah seni yang terletak di tanah berkeluasan 6.9 ekar (2.79 hektar) boleh menempatkan seramai 400 pelajar. Sekolah ini menyediakan kemudahan asrama dan turut dilengkapi dengan kemudahan sama seperti sekolah seni di negeri lain,” kata beliau kepada pemberita semasa melakukan lawatan kerja ke tapak SSeMKL hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof dan Timbalan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Azmi Lateh.

SSeMKL adalah sekolah seni ketiga dibuka selepas Sekolah Seni Malaysia Sarawak dan Sekolah Seni Malaysia Johor dan pada 2016, KPM telah menambah dua buah sekolah di bawah Program Pendidikan Seni iaitu di SMK Muhibbah di Perak dan SMK Elopura di Sabah.


SSeMKL diwujudkan pada 2014 dan kini beroperasi secara berkongsi premis di SMK Shah Alam, Bukit Jelutong, Selangor.

Berkonsepkan sekolah yang membangunkan potensi dan bakat dan kesenian pelajar, penubuhan sekolah seni mempunyai visi untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan keseniaan dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.

Mahdzir berkata pihak kementerian menerima permohonan yang tinggi bagi kemasukan pelajar ke sekolah seni dan saringan perlu dilakukan bagi memilih pelajar yang benar-benar layak dan berkemampuan bagi mengambil bidang ini.

“Buat masa ini, jumlah keseluruhan pelajar Sekolah Seni Malaysia kira-kira 1,000 orang dan terdapat empat bidang yang disediakan iaitu seni muzik, teater, tari dan visual,” katanya. – BERNAMA

Kategori