Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pemimpin AS, India Ikrar...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Perdana Menteri India Narendra...

Kempen “I’m A Muslim,...

KEMPEN "I'm Muslim, I Love Hindus" yang dilaksanakan oleh Komunitas Pemuda Saling Menghormati...

Sudan Mula Hadapi Tekanan...

SUDAN yang kini memasuki hari keenam protes besar-besaran mula mendapat perhatian pihak asing,...

UMNO Tangguh Pemilihan Sehingga...

KUALA LUMPUR - UMNO menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis...

Semak Status Halal Makanan Serta-Merta

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia kini dapat melakukan pengesahan status halal produk makanan hanya di hujung jari sebaik sahaja aplikasi telefon pintar rasmi pertama status halal di rantau ini dilancarkan pada Jumaat.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah meluluskan aplikasi “Verify Halal” yang dibangunkan oleh Serunai Commerce.

Aplikasi tersebut merupakan kerjasama dengan agensi repositori (penyimpanan) produk dan jenama halal global, Global Halal Data Pool.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, sudah tiba masanya bagi peniaga dan pengguna menyemak status halal produk dengan serta-merta.

“Ia adalah untuk meningkatkan keyakinan pengguna. Verify Halal tidak terhad kepada pangkalan data Jakim sahaja, malah ia juga melibatkan badan pensijilan halal antarabangsa yang diiktiraf Jakim.


“Kami mahu aplikasi ini untuk menjadi rujukan utama jenama halal bagi pengguna global dan meningkatkan integriti industri halal,” katanya.

Pelancaran itu disaksikan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin; Ketua Pegawai Eksekutif Serunai Commerce, Amanah Shaari dan Pengasas Global Halal Data Pool dan Verify Halal, Fauzi Abdul Hamid. – mStar Online

Kategori